Desa KEDA Tanjung Setol

Desa KEDA Tanjung Setol sunting

Latar Belakang sunting

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Tanjung Setol merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung PPRT oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1999. Pada tahun 2000, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 159 buah rumah dan memberi manfaat kepada 795 orang penduduk di Daerah Pendang.

Sejarah Kampung sunting

Kampung ini telah dibuka oleh pendatang dari Selatan Thailand. Kawasan awal penempatan ialah sebuah tanjung atau muara Sungai Jenun dan terdapat sepohon pokok setol yang besar. Kampung ini dinamakan berdasarkan tanjung dan pokok setol tersebut.

Info Desa sunting

Nama Desa Desa KEDA Tanjung Setol
Mukim Ayer Putih
DUN Sungai Tiang
Parlimen Pendang
Daerah Pendang
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi sunting

Desa KEDA Tanjung Setol terletak di kawasan muara sungai yang dikelilingi dengan pokok setol. Desa ini terletak 9km dari Pekan Pendang dan 38km dari Bandaraya Alor Setar, ibu negeri Kedah Darul Aman.

Kepimpinan sunting

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Tanjung Setol. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 10 Biro dan 2 orang pemeriksa kira-kira yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Tanjung Setol sunting

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Tanjung Setol bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Saodah binti Ali
Timbalan Pengerusi Tiada
Setiausaha Adinda Ashimah binti Abdul Rahim
Bendahari Nor Azam bin Roslan
Biro Ekonomi & Pembangunan Mohd Yazid bin Md Rejab
Biro Agama Zainon bin Md Din
Biro Pendidikan Muhammad Shatar bin Jusoh
Biro Wanita Hasna binti Yahya
Biro Belia dan Sukan Fauziah binti Talib
Biro Maklumat Samariah binti Abdullah
Biro Keceriaan/Infrastruktur Abdul Halim bin Abdul Rahman
Biro Sosial dan Kebudayaan Salmah binti Ibrahim
Biro Keselamatan Roslan bin Arshad
Biro Kebajikan & Kesejahteraan Mt. Saad bin Hassan
Pemeriksa Kira-Kira Ariffin bin Ismail
Pemeriksa Kira-Kira 2 Rosimah binti Md. Isa

Koperasi sunting

Desa KEDA Tanjung Setol mempunyai sebuah koperasi iaitu Koperasi Pembangunan Desa KEDA Tanjung Setol Pendang Berhad yang ditubuhkan pada 4 Mei 2010. Bilangan anggota koperasi adalah seramai 88 orang dan syer anggota adalah sebanyak RM9,740.00.

Maklumat Penduduk sunting

Maklumat penduduk Desa KEDA Tanjung Setol adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 632
Jumlah Keluarga 158
Bilangan Penduduk Lelaki 317
Bilangan Penduduk Perempuan 315

Pendidikan sunting

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Tanjung Setol adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 30
Diploma / Setaraf 25
Ijazah ke atas 13
Jumlah 68

Pendapatan Kasar Isi Rumah sunting

Penduduk Desa KEDA Tanjung Setol dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (orang)
<RM530.00 23
RM531.00 - RM790.00 42
RM791.00 – RM1,319.00 109
>RM1,319.00 45

Kegunaan Tanah sunting

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Tanjung Setol ialah sebanyak 55ek yang merangkumi kawasan surau seluas 0.10ek, tapak kediaman 25ek, tapak bangunan IKS 0.5ek, kawasan pertanian/penternakan/perikanan seluas 12ek dan lot kosong seluas 10.6ek.

Hak Milik Penduduk sunting

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut :

Jenis Kenderaan Bilangan (unit)
Kereta 130
Motosikal 342
Lori 2
Van 4
Lain-lain 1

Kemudahan Asas sunting

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 2.6km dan lampu jalan 20 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 159 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Tanjung Setol dilengkapi surau 1 buah, dewan orang ramai 1 buah, lot permainan kanak-kanak 1 buah dan bilik gerakan 1 buah.

Golongan Khas sunting

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Tanjung Setol adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (orang)
OKU 3 (L) 52 (P)
Bapa Tunggal 6
Ibu Tunggal 34
Anak Yatim 1 (L) 3 (P)