Desa KEDA Telaga Batu

Desa KEDA Telaga Batu sunting

Latar Belakang sunting

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Telaga Batu merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada Tahun 1990. Pada Tahun 1992, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 73 buah rumah dan memberi manfaat kepada 257 orang penduduk di Daerah Sik.

Sejarah Kampung sunting

Sejarah Kampung Telaga Batu dikatakan bermula sejak lebih 100 tahun yang lalu. “Telaga Batu” ditemui oleh seorang tua yang bernama Tok Jamal. Mengikut cerita, suatu hari semasa Tok Jamal sedang leka meneroka tanah di tempat tersebut, tiba-tiba hujan turun dengan renyai-renyai.

Kemudian tak semena-mena Tok Jamal ternampak kelibat 7 puteri sedang bermain-main di atas batu yang besar. Apabila Tok Jamal mendekati, 7 puteri tersebut terus menghilangkan diri.

Setelah itu, Tok Jamal terpandang 7 biji telaga di atas batu tersebut (tempat ketujuh-tujuh puteri tersebut bermain). Maka sejak itulah Tok Jamal menamakan kampung tersebut sebagai “Telaga Batu”.

Info Desa sunting

Nama Desa Desa KEDA Telaga Batu
Mukim Sik
DUN Belantik
Parlimen Sik
Daerah Sik
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi sunting

Desa KEDA Telaga Batu terletak di Daerah Sik. Keluasan kawasan ini adalah 8.2 ha meliputi kawasan kediaman, pertanian, perniagaan dan bangunan awam. Jarak Telaga Batu dari Pekan Sik adalah 12 km dan Kampung Telaga Batu terletak bersebelahan dengan Tasik Beris iaitu tasik buatan manusia yang dibina pada 10 Ogos 2020 dan kini menjadi tempat tumpuan orang ramai. Kegiatan harian penduduk adalah penoreh getah dan juga nelayan.

Kepimpinan sunting

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Projek (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 4, Sik yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Telaga Batu. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu melaksanakan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 12 Biro dan 2 orang pemeriksa kira-kira yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Telaga Batu sunting

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Telaga Batu bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut:

Jawatan Penyandang
Pengerusi Shamry bin Salleh
Timbalan Pengerusi Mohd Hafiz bin Zanudi
Setiausaha Siti Noor Azizah binti Ismail
Biro Kewangan/Bendahari Che Bashah binti Kassim
Biro Pembangunan Siti Noor Azizah binti Ismail
Biro Agama & Pendidikan Mohd Imran bin Idrus
Biro Kebajikan Ismail bin Semorah
Biro Wanita Noor Azlina binti Ismail
Biro Keselamatan Fadzil bin Hassan
Biro Belia dan Sukan Hamzah bin Wahid
Biro Keceriaan dan Kesihatan Muhd Sabri bin Samsudin
Biro Ekonomi Maimunah binti Yaakob
Biro Kebudayaan & Pelancongan Shahanim binti Idrus
Pemeriksa Kira-Kira 1 Halim bin Ahmad
Pemeriksa Kira-Kira 2 Rahimah binti Jamil

Maklumat Penduduk sunting

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 257
Jumlah Keluarga 73
Bilangan Penduduk Lelaki 129
Bilangan Penduduk Perempuan 128

Pendidikan sunting

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Telaga Batu adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (Orang)
Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Kemahiran Bertauliah 19
Diploma 14
Ijazah 19
JUMLAH 52

Pendapatan Kasar Isi Rumah sunting

Penduduk Desa KEDA Telaga Batu dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 24
RM531.00 - RM790.00 14
RM791.00 – RM1,319.00 21
>RM1,319.00 7

Kegunaan Tanah sunting

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Telaga Batu ialah sebanyak 8.2ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 3.21ha, bangunan awam seluas 0.06ha, pertanian seluas 4.75ha dan kawasan perniagaan seluas 0.18ha.

Hak Milik Penduduk sunting

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Telaga Batu adalah seperti berikut:

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 61
Motosikal 152
Lori 2
Van 1

Kemudahan Asas sunting

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sediaada 1.3 km dan lampu jalan 17 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 73 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sediaada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Telaga Batu dilengkapi dewan orang ramai 1 buah, surau 1 buah, padang bola 1 buah dan tadika (pra sekolah) 2 buah.   

Golongan Khas sunting

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Telaga Batu adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
Orang Kurang Upaya (OKU) 6 (L) 5 (W)
Bapa Tunggal 2
Ibu Tunggal 15
Anak Yatim TIADA