Desa KEDA Tepi Sungai

Desa KEDA Tepi Sungai sunting

Latar Belakang sunting

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Tepi Sungai merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung Tradisional oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1994. Pada tahun 1996, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 96 buah rumah dan memberi manfaat kepada 480 orang penduduk di Daerah Kuala Muda.

Sejarah Kampung sunting

Desa KEDA ini adalah penempatan berkonsepkan sebuah perkampungan tradisi nelayan. Desa KEDA ini diasaskan oleh seorang guru agama iaitu Tuan Haji Mohamad Shah pada tahun 1880. Desa ini pada mulanya dikenali dengan nama Kampung Kuala Sungai Muda yang bersempadan dengan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kemudiannya Kampung Kuala Sungai Muda ini diberi nama baru iaitu Kampung Tepi Sungai. Desa KEDA Tepi Sungai diambil bersempena nama kampung asal tersebut. Tapak penempatan Desa KEDA ini dahulunya merupakan kawasan berpaya dan dipenuhi pohon nipah yang tebal.

Info Desa sunting

Nama Desa Desa KEDA Tepi Sungai
Mukim Haji Kudong
DUN Pantai Merdeka
Parlimen Sungai Petani
Daerah Kuala Muda
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi sunting

 
Desa KEDA Tepi Sungai

Desa KEDA Tepi Sungai terletak di kawasan tanah pamah yang berpaya berdekatan dengan kawasan Kuala Sungai Muda. Kawasan penempatan Desa KEDA dibangunkan di atas tanah yang sebelumnya dipenuhi dengan pohon nipah. Rata-rata penduduk di kawasan ini bekerja sebagai nelayan disebabkan penempatan ini berdekatan dengan pesisir pantai.



Kepimpinan sunting

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Tepi Sungai. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu melaksanakan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 9 Biro dan 2 orang pemeriksa kira-kira yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Tepi Sungai sunting

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Tepi Sungai bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Ahmad bin Osman
Timbalan Pengerusi Mohd Kamal bin Abidin
Setiausaha Mohamad Hazizi bin Padzi
Penolong Setiausaha Mohd Hafizi bin Abd Rahman
Bendahari Abu Bakar bin Hamzah
Penolong Bendahari Cik Intan bin Hamzah
Biro Wanita Rusmina binti Abd Rahman
Biro Kebajikan Masyitah binti Musa
Biro Keselamatan Muhamad Rodey bin Yusof
Biro Belia & Sukan Mohd Asyraf bin Aazmi
Biro Pembangunan Azizi bin Hasan
Biro Kebudayaan Mohd Hafizi bin Abdul Rahman
Biro Keceriaan Jamnah binti Abd Rahim
Biro Ekonomi Juhari binti Bakar Abo
Biro Agama Mohd Yusof bin Bakar
Pemeriksa Kira-Kira 1 Nor Hamiza binti Ramli
Pemeriksa Kira-Kira 2 Faridah binti Abu Bakar

Maklumat Penduduk sunting

Perkara Bilangan (orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 480
Jumlah Keluarga 96
Bilangan Penduduk Lelaki 259
Bilangan Penduduk Perempuan 221

Pendidikan sunting

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Tepi Sungai adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 8
Diploma 21
Ijazah 4
Jumlah 33

Pendapatan Kasar Isi Rumah sunting

Penduduk Desa KEDA Tepi Sungai dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (orang)
<RM530.00 20
RM531.00 - RM790.00 60
RM791.00 - RM1,319.00 137
>RM1,319.00 15

Kegunaan Tanah sunting

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Tepi Sungai ialah sebanyak 13.3ek yang merangkumi kawasan surau/dewan 1.12ek dan tapak kediaman 12.18ek.

Hak Milik Penduduk sunting

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut:

Jenis Kenderaan Bilangan (unit)
Kereta 50
Motorsikal 50
Lori 2
Van 0

Kemudahan Asas sunting

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 2 km, jalan tidak berturap sepanjang 1 km dan lampu jalan sebanyak 8 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 96 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Tepi Sungai dilengkapi surau 1 buah, dewan 1 buah, bilik gerakan 1 buah dan tadika 1 buah.