Devil Summoner (真・女神転生 デビルサマナー) ialah sebuah permainan video berperanan Jepun, asalnya diedarkan untuk Sega Saturn pada tahun 1995, dan kemudian dikeluarkan semula di dalam sebuah versi yang dinaiktaraf untuk PlayStation Portable pada tahun 2005. Judul ini tidak pernah dikeluarkan di Amerika utara. Devil Summoner merupakan judul sampingan dalam siri permainan video Megami Tensei. Terdapat dua buah judul sambungan kepada Devil Summoner, termasuklah Shin Megami Tensei: Devil Summoner: Raidou Kuzunoha vs. The Soulless Army, yang telah diterjemah dalam bahasa Inggeris.

Devil Summoner
Kulit muka hadapan Devil Summoner
PembangunAtlus
PenerbitAtlus
SiriMegami Tensei Sunting ini di Wikidata
PlatformSega Saturn
Pelepasan
GenreRPG
ModSeorang pemain
Rencana ini adalah berkaitan dengan judul Devil Summoner yang asal. Untuk judul permainan video PlayStation 2 tahun 2006, sila lihat Shin Megami Tensei: Devil Summoner.

Devil Summoner yang asal merupakan judul Megami Tensei pertama untuk Sega Saturn. Meninggalkan tema-tema pengakhiran dunia daripada siri asalnya, kisah judul ini mengambil tempat di sebuah Jepun moden. Watak para pemain merupakan seorang pelajar kolej yang tidak bernama, yang diserang oleh syaitan bersama-sama teman wanitanya; mereka diselamatkan oleh Kyouji, seorang pemburu syaitan. Beberapa ketika kemudian, Kyouji ditemui mati di bawah keadaan yang mencurigakan. Kemudian, protagonisnya pula terperangkap di dalam sebuah gudang dan dibunuh oleh seorang pembunuh kejam bernama Sid. Para pemain yang telah dibunuh tidak kekal mati, sebaliknya mendapti dirinya bangkit di dalam diri pemburu syaitan yang terbunuh tadi, Kyouji, lalu melarikan diri daripada rumah mayat. Dengan bantuan suara Kyouji yang memberi petunjuk kepada para pemain daripada dalam mindanya, watak utama bersepakat dengan seorang wanita yang merupakan rakan kongsi Kyouji iaitu Rei, untuk menyelamatkan nyawa teman wanitanya, yang masih berada dalam bahaya.

Pautan luar sunting