Dia Isteriku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Ayie Mustafa, dibintangi oleh Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana dan Fizz Fairuz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Qalbu , TV AlHijrah bermula 14 September 2021[1] menggantikan Mak Abang Nak Kahwin.

Dia Isteriku
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Ditulis olehMohd Shahremy Ikmal
PengarahAyie Mustafa
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Sha's Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV AlHijrah
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 September 2021 – 2 November 2021
Kronologi
MengikutiMak Abang Nak Kahwin
Diikuti olehUstazah Robotik

Sinopsis sunting

Mengisahkan sebuah perkahwinan bahagia Helmi dan Aisyah diuji akibat fitnah yang disebarkan oleh ahli keluarga sendiri. Perkahwinan dengan Helmi satu anugerah tidak ternilai buat Aisyah kerana dia telah melalui kehidupan yang perit bersama bekas suaminya Bahar selama enam tahun bersama.

Bagaimanapun, kebahagiaan itu goyah apabila Elisya iaitu anak Aisyah ketika berkahwin dengan Bahar datang tinggal bersama Helmi dan Aisyah. Elisya yang selama ini tinggal dengan bapanya, Bahar mengalami kejutan budaya apabila tinggal bersama Helmi dan Aisyah.

Sewaktu tinggal dengan bapanya hidupnya agak bebas dan dia tidak ditekankan mengenai hukum hakam agama. Suasana amat berbeza apabila dia datang tinggal dengan Aisyah sekeluarga yang menekankan kehidupan Islamik dan penuh kasih sayang.

Aisyah dan Helmi berusaha membantu Elisya mengubah dan mengikut corak hidup sebagai muslimah sejati. Keikhlasan, kejujuran dan layanan mesra Helmi terhadap Aisyah dan dirinya, menyebabkan Elisya terpikat dengan bapa tirinya itu.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Dia Isteriku mCentralMY