Dicrossus ialah satu genus dari keluarga ikan Cichlidae. Ikan-ikan yang dikelaskan di genus Dicrossus berhabitat di Amerika Selatan, terutamanya di dalam Sungai Amazon dan Sungai Orinoko. Kebanyakan ikan Dicrossus berbintik hitam; oleh sebab ini mereka dipanggil "ikan papan catur". Mereka biasanya mencapai panjang 7 cm sahaja dan sesekali diletakkan kategori "cichlid kerdil"[1].

Spesies sunting

Ada lima spesies yang dikelaskan di dalam genus Dicrossus:

  • Dicrossus filamentosus (Ladiges, 1958)
  • Dicrossus maculatus (Steindachner, 1875)
  • Dicrossus foirni (Römer, Hahn & Vergara, 2010)[2]
  • Dicrossus warzeli U. Römer, I. J. Hahn & Vergara, 2010[2]
  • Dicrossus gladicauda (Schindler & Staeck, 2008)[1]

Rujukan sunting