Pesawat Dornier Do 19 adalah sebuah pesawat pengebom 4 enjin binaan Jerman.

Hanya satu prototaip Do 19 dibina

Pesawat ini membuat penerbangan sulung pada 28 Oktober 1936. Pesawat ini dibina untuk memenuhi keperluan program pesawat pengebom Ural untuk perkhidmatan Luftwaffe, tentera udara Jerman. Tetapi selepas Jeneral Walther Wever terbunuh dalam satu kemalangan udara, penggantinya Albert Kesselring membatalkan semua program pesawat pengebom jarak jauh dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada pembinaan pesawat pengebom taktikal.

Hanya sebuah prototaip dibina, dan diubahsuai menjadi pesawat pengangkutan dalam tahun 1938. Dua buah prototaip lain dijadikan besi sekerap.