EPG Malaysia-Indonesia

Mesyuarat Kumpulan Tokoh Terkemuka Malaysia-Indonesia (Malaysia-Indonesia Eminent Persons Group) - (EPG)) merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh kedua-dua negara untuk menyelesaikan perbalahan rakyat antara kedua-dua negara berhubung pertikaian budaya, sejarah lampau, tuntutan bertindih dan lain-lain. [1]

Penubuhan sunting

Penubuhan EPG dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Putrajaya pada Januari 2008.

EPG Malaysia-Indonesia adalah lanjutan daripada EPG Asean. EPG Asean seramai 10 orang diketuai oleh Tun Musa Hitam dan berjaya menghasilkan Piagam Asean pada 10 November 2007.

Cadangan sunting

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain menjelaskan isu yang dibincangkan oleh EPG ialah:

  • Jurang persepsi antara generasi
  • Usahasama warisan budaya
  • Pemaparan atau pencitraan kedua-dua negara melalui media massa.
  • Dialog antara ahli-ahli sejarah
  • Dialog antara organisasi mahasiswa
  • Dialog antara organisasi pemuda.

Tokoh terkemuka sunting

Mekanisme EPG Malaysia-Indonesia ini terdiri daripada 14 tokoh yang layak dan berwibawa srta mempunyai pengaruh kepada rakyat di negara masing-masing. Mereka ialah :
Delegasi Malaysia


Delegasi Indonesia

  • Jeneral (B) Tan Sri Try Sutrisno
  • Ali Alatas - bekas Menteri Luar Indonesia
  • Prof Dr Quraisy Shihab - bekas Duta Indonesia ke Mesir
  • Datuk Drs Des Alwi Abubakar - bekas diplomat Indonesia ke Malaysia
  • Dr Musni Umar - Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Dr Pudentia Maria Purenti Sri Sunianti - tokoh wanita
  • Wahyuni Bahar - ahli perniagaan dan wakil golongan muda

Mesyuarat Pertama sunting

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merasmikan pelancaran Mesyuarat Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia-Indonesia sempena Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di Kuala Lumpur pada 7 Julai 2008. Turut hadir ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad .[3]

Mesyuarat pertama EPG diadakan di Jakarta dari 29 hingga 30 Ogos 2008.

Mesyuarat Kedua sunting

Mesyuarat kedua EPG diadakan di Hotel Mandarin Oriental , Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Oktober 2008.

Rujukan sunting

  1. ^ "Inaugural Malaysia-Indonesia EPG Meeting Begins In Jakarta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-10-07.
  2. ^ Mesyuarat Pertama EPG Antara Malaysia-Indonesia Jumaat Ini[pautan mati kekal]
  3. ^ Dr. M: Ada usaha bersepadu jatuhkan Najib