Edgar Rice Burroughs

penulis Amerika (1875-1950)

Edgar Rice Burroughs (1 September 1875 – 19 Mac 1950) ialah seorang penulis Amerika Syarikat dalam genre cereka sains dan pengembaraan.

Edgar Rice Burroughs
Edgar Rice Burroughs
Lahir(1875-09-01)1 September 1875
Chicago, Illinois, Amerika Syarikat
Meninggal duniaMac 19, 1950(1950-03-19) (umur 74)
Encino, California, U.S.
Tempat pengebumianTarzana, California, A.S.
PekerjaanNovelist
Tempoh1911–1950
GenrePengembaraan, fantasi, cereka sains
Karya terkenal
Tandatangan

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Edgar lahir pada 1 September 1875 di Chicago, Illinois kepada Mary Evaline (Zieger) Burroughs (1840–1920) dan Mejar George Tyler Burroughs (1833–1913), seorang peniaga dan askar yang pernah berkhidmat semasa Perang Saudara Amerika. Beliau mendapat nama tengahnya dari nenek sebelah bapanya Mary Coleman Rice Burroughs (1802-1889).[1][2][3] Keluarganya berketurunan Inggeris jati yang muncul sejak zaman pendudukan orang British di benua Amerika Utara.[4]

Beliau pernah belajar di beberapa sekolah. Setelah dia menamatkan pengajiannya di Michigan Military Academy tahun 1895, beliau cuba memasuki Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point namun gagal ujian kemasukannya. Beliau tetap dimasukkan dalam barisan askar berkuda 7th U.S. Cavalry di mana beliau ditugaskan di Fort Grant, Wilayah Arizona. Beliau diberhentikan khidmatnya pada tahun 1897 setelah didiagnos mempunyai suatu masalah jantung sehingga tidak dapat meneruskan kegiatannya.[5]

Kerjaya penulisan sunting

Beliau bekerja sebagai seorang pemborong pengasah pensel pada tahun 1904, namun keuntungan yang diraih tidak begitu tinggi. Dia pun banyak kelapangan kerana kurangnya jualan yang dilakukan maka beliau menghabiskan masanya membaca majalah pulpa. Di sinilah berputiknya minat Edgar mahu menulis cerita rekaan pada 1911. Beliau menulis karya pertamanya Under the Moons of Mars secara bersiri dalam isu Februari ke Julai 1912 majalah The All-Story[6][7][8] – pada mulanya di bawah nama "Norman Bean" agar reputasi kerja lainnya dapat terjaga.[8]

Pada Oktober 1912, karya Tarzan of the Apes dilancarkan beliau yang memperkenalkan watak Tarzan, seorang manusia yang dibesarkan dalam kalangan mawas lalu menjadi seorang penunggu rimba. Edgar giat meluaskan populariti karya-karyanya melalui banyak adaptasi filem, komik serta pelancaran cenderamata; watak Tarzan serta petualangannya menjadi sangat disukai orang ramai.

Beliau melancarkan syarikat penerbitannya sendiri, Edgar Rice Burroughs, Inc., pada tahun 1923.

Senja hidup sunting

Edgar berada di Honolulu, Wilayah Hawaii ketika berusia 60 tahun saat markas tentera laut A.S Pearl Harbor diserang Jepun.[9] Beliau memutuskan menjadi seorang wartawan perang pada ketika ini; beliau antara wartawan tertua semasa Perang Dunia Kedua berlangsung. Setelah Perang tersebut tamat, beliau berpindah ke Encino, California untuk menghabiskan sisa hidupnya; beliau tetap berkarya dengan sebanyak hampir 80 novel dihasilkan.

Beliau meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 19 Mac 1950. Beliau disemadikan di sebuah tanah ladang miliknya di California - kawasan sekelilingnya diberi nama Tarzana oleh para penduduknya sejak tahun 1927.[10][11]

Bibliografi terpilih sunting

Siri Barsoom sunting

  • A Princess of Mars (1912)
  • The Gods of Mars (1913)
  • The Warlord of Mars (1914)
  • Thuvia, Maid of Mars (1916)
  • The Chessmen of Mars (1922)
  • The Master Mind of Mars (1927)
  • A Fighting Man of Mars (1930)
  • Swords of Mars (1934)
  • Synthetic Men of Mars (1939)
  • Llana of Gathol (1941)
  • John Carter of Mars (1964, kompilasi kisah 1940-1943)

Siri Tarzan sunting

Judul lain sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Descendants of Edmund Rice: The First Nine Generations, Edmund Rice (1638) Association, 2010.
  2. ^ "Edmund Rice Six-Generation Database Online". Edmund Rice (1638) Association. Dicapai pada 27 Januari 2011.
  3. ^ Schneider, Jerry L (2004), The Ancestry of Edgar Rice Burroughs (Google Books), Erbville Press, m/s. 296, ISBN 978-1-4357-4972-6
  4. ^ "Edgar Rice Burroughs". 16 Ogos 2017.
  5. ^ Slotkin, Richard (1998). Gunfighter Nation. University of Oklahoma Press. m/s. 196. ISBN 0-8061-3031-8.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan isfdb tidak disediakan
  7. ^ "A Virtual Visit to the Nell Dismukes McWhorter Memorial Edgar Rice Burroughs Collection", ERBzine, 4 (19) beserta gambar.
  8. ^ a b Robinson, Frank M, "The Story Behind the Original All-Story", American Zoetrope, 4 (1), dicapai pada 8 April 2013.
  9. ^ Toland, John (1970). The Rising Sun (ed. 2003 Modern Library Paperback). Random House. m/s. 220. ISBN 0-8129-6858-1.
  10. ^ Tarzana Community Profile (PDF), US: NOAA, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Februari 4, 2012, dicapai pada Julai 4, 2012 Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan).
  11. ^ Holtsmark 1986, m/s. 13–15.

Pautan luar sunting