Ejaan Jawi yang Disempurnakan

Ejaan Jawi yang Disempurnakan (Jawi: ايجاءن جاوي يڠ دسمڤورناکن‎) ialah pembaharuan ejaan bagi tulisan Jawi dalam bahasa Melayu pada tahun 1986 yang menggantikan Sistem Ejaan Jawi Zaba 1939 (berdasarkan Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949).[1] Sistem ejaan ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penerbitan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan.[2] Proses penyempurnaan ejaan Jawi ini mengambil kira lima perkara penting iaitu mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang longgar.[3] Sistem ejaan ini kemudian diperhalusi lagi dengan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "PEDOMAN UMUM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-23. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  2. ^ Dahaman, Ismail (6 November 1991). "Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-23. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  3. ^ Abdul Hamid, Faisal @ Ahmad Faisal; Abdul Latif, Faizuri (2014). "SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI: ANALISIS MENGENAI TEORI KANG KYOUNG SEOK" (PDF). al-Tamaddun. 9 (2): 1–5. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  4. ^ Mohamad, Ab. Halim; Abdul Jabar, Mohd Azidan; Mohamed, Ahmad Syahmi (2 Disember 2018). "PENTRANSFOMASIAN TULISAN JAWI BERDASARKAN PENDEKATAN FONETIK DAN FONOLOGI" (PDF). al-Anwar. 6 (2): 53–69. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-03-23. Dicapai pada 23 Mac 2020.
Didahului oleh
Ejaan Jawi Zaba
Sistem Ejaan Jawi
1986 – 2001
Diikuti oleh:
Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu