Elektron yang terletak pada petala terluar atom suatu unsur dipanggil elektron valens.

Elektron valens bagi atom suatu unsur boleh ditunjukkan dengan menggunakan struktuk titik(struktur Lewis).

Sifat-sifat kimia sesuatu unsur bergantung kepada bilangan elektron valens kerana hanya elektron valens mengambil bahagian dalam pembentukan dan pemecahan ikatan kimia dalam tindak balas.

Ini bermakna unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron valens yang sama akan menunjukkan sifat-sifat kimia yang sama.

Contohnya Klorin mempunyai konfigurasi elektron 2.8.7 . Oleh itu elektron valens bagi Klorin adalah 7.

Kumpulan elektron valens
logam alkali dan hidrogen 1
logam alkali bumi 2
logam peralihan 1 atau 2*
kumpulan boron 3
kumpulan karbon 4
kumpulan nitrogen 5
kumpulan oksigen 6
halogen 7
gas adi 8**

* Elektron valensi tidak berguna untuk logam peralihan.

**Kecuali helium, kerana helium hanya mempunyai dua elektron valensi.