Eric Jeremy Edgar Dier (lahir 15 Januari 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur dan pasukan kebangsaan England di posisi pertahanan tengah atau pertahanan kanan.

Eric Dier
Dier bermain untuk England B19 pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Eric Jeremy Edgar Dier[1]
Tarikh lahir (1994-01-15) 15 Januari 1994 (umur 30)
Tempat lahir Cheltenham, England
Ketinggian 6 ft 2 in (1.88 m)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Tottenham Hotspur
Nombor 15
Kerjaya remaja
2003–2012 Sporting CP
2011Everton (pinjam)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2014 Sporting CP B 16 (2)
2012–2014 Sporting CP 26 (1)
2014– Tottenham Hotspur 155 (10)
Pasukan kebangsaan
2011 England B18 1 (0)
2012–2013 England B19 8 (0)
2013–2014 England B20 6 (0)
2013– England B21 9 (0)
2015– England 40 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Jun 2019 (UTC)

Selepas berpindah ke Portugal semasa masih seorang kanak-kanak, dia memulakan kariernya di akademi Sporting CP, menembusi pasukan B kelab itu dan kemudiannya pasukan utama selepas dipinjamkan ke Everton. Pada bulan Ogos 2014, dia berpindah ke Tottenham dengan yuran £4 juta.

Walaupun mendapat minat dari Portugal, Dier ingin mewakili England di peringkat antarabangsa dan telah berbuat begitu di peringkat bawah-21.

Karier kelab sunting

Awal karier sunting

Dilahirkan di Cheltenham, Dier berpindah ke Portugal dari England ketika berumur sepuluh tahun apabila ibunya ditawarkan kerja katering di Portugal ketika UEFA Euro 2004.[3] Bakat bola sepaknya dijumpai oleh guru P.E. sekolahnya, (International Preparatory School) Miguel Silva, yang merujuk dia kepada pencari bakat Sporting. Pada tahun 2010, ibu-bapanya kembali ke England manakala Dier kekal di Portugal, tinggal di akademi Sporting CP.[4] Dier menandatangani terma profesional bersama Sporting pada bulan April 2010. Kelab Portugal itu mengalahkan Arsenal, Tottenham Hotspur,[5] dan Manchester United,[2] untuk mendapatkan tandatangannya. Sporting juga menjual 50% hak ekonomi pemain itu kepada pemilik pihak ketiga, "Quality Football Ireland Limited".[6] Sporting membeli semula Dier pada bulan Februari 2012 dengan menjual 50% hak Filipe Chaby.

Everton (pinjam) sunting

Pada bulan Januari 2011, Dier bersetuju untuk menyertai Everton secara pinjaman jangka pendek sehingga 30 Jun. Dier bermain untuk Everton B18 sepuluh kali semasa tempoh perpinjamannya dan memenangi Liga Perdana B18 2010-11 bersama pasukan itu.[7]

Sporting B sunting

Pada 26 Ogos 2012, Dier membuat penampilan sulung untuk Sporting B dalam Segunda Liga 2012-13 ketika kemenangan 1–3 ke atas Atlético menggantikan Diego Rubio (minit ke-77). Pada 4 November 2012, Dier menjaringkan gol senior pertamanya menerusi sepakan percuma ketika menentang Benfica B dimana mereka menang 1–3 dalam Segunda Liga.[8]

Sporting sunting

Pada 11 November 2012, Dier dipanggil ke pasukan utama dalam Primeira Liga 2012-13 dimana mereka menang 1–0 ke atas S.C. Braga.[9] Pada 26 November 2012, dia menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan utama Sporting ketika seri 2–2 dengan Moreirense F.C. dalam liga.

Tottenham Hotspur sunting

Pada 2 Ogos 2014, Dier menandatangani kontrak lima tahun bersama Tottenham Hotspur dengan perpindahan £4 juta.[10][11] Dia membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk kelab itu ketika menentang West Ham United pada 16 Ogos, dan menjaringkan gol untuk membantu pasukannya menang 1-0.[12] Lapan hari kemudian, dalam perlawanan keduannya, dia menanduk masuk sepakan percuma dari Erik Lamela ketika menang 4–0 ke atas Queens Park Rangers.[13] Dier bermain dalam kesebelasan utama pada 1 Mac 2015 ketika Tottenham kalah dalam perlawanan akhir Piala Liga kepada Chelsea di Wembley.[14]

Karier antarabangsa sunting

Dier mendapat panggilan pertamanya ke skuad England pada bulan November 2011 apabila jurulatih B18, Noel Blake memilihnya untuk perlawanan menentang Slovakia.[15] Dia bermain keseluruhan 90 minit ketika seri 1-1 pada 16 November 2011.[16]

Pada 28 Mei 2013, dia dinamakan dalam skuad-21 pemain untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2013.[17] Dia membuat penampilan sulungnya pada 16 Jun ketika kemenangan 3–0 dalam perlawanan pemanas badan menentang Uruguay.[18]

Dia membuat penampilan sulungnya untuk England bawah-21 pada 13 Ogos 2013, ketika kemenangan 6–0 win ke atas Scotland.[19]

Statistik karier sunting

Sehingga 24 Mei 2015.[20][21]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sporting CP B 2012–13 7 2 0 0 0 0 0 0 7 2
2013–14 9 0 0 0 0 0 0 0 9 0
Jumlah 16 2 0 0 0 0 0 0 16 2
Sporting CP 2012–13 14 1 0 0 1 0 0 0 15 1
2013–14 12 0 0 0 3 0 0 0 15 0
Jumlah 26 1 0 0 4 0 0 0 30 1
Tottenham Hotspur 2014–15 28 2 1 0 3 0 4 0 36 2
Jumlah 28 2 1 0 3 0 4 0 36 2
Jumlah karier 70 5 1 0 7 0 4 0 82 5

Rujukan sunting

  1. ^ "List of Players under Written Contract Registered Between 01/07/2011 and 31/07/2011" (PDF). The Football Association. Dicapai pada 23 June 2013.
  2. ^ a b Overend, Jonathan (14 October 2010). "Given a Sporting chance". BBC Sport. Dicapai pada 20 January 2011.
  3. ^ "Tottenham: Eric Dier joins Spurs from Sporting on five-year deal". BBC Sport. 2 August 2014. Dicapai pada 3 August 2014.
  4. ^ Wright, Chris (22 October 2010). "Sporting youngster helps to launch new Umbro England". algarveresident. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-03. Dicapai pada 21 January 2011.
  5. ^ Brown, Nigel (8 April 2010). "Sporting beat off competition to sign English wonderkid". Sport.co.uk. Dicapai pada 20 January 2011.
  6. ^ "Sporting Clube de Portugal – Futebol SAD publishes the Report and Financial Statements for the 1H2010/2011" (pdf). Sporting CP (dalam bahasa Portuguese). 28 February 2011. Dicapai pada 8 April 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ http://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/football-news/evertons-u18-premier-league-champions-7169857
  8. ^ "Benfica B-Sporting B, 1–3" (dalam bahasa Portuguese). Record. 4 November 2012. Dicapai pada 5 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Sporting 1–0 SC Braga" (dalam bahasa Portuguese). Zerozero. 11 November 2012. Dicapai pada 11 November 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Transfer news: Eric Dier completes move to Spurs on five-year deal". Sky Sports. 2 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-04. Dicapai pada 2 August 2014.
  11. ^ "Spurs sign Eric Dier from Sporting". ESPN FC. 2 August 2014. Dicapai pada 2 August 2014.
  12. ^ Rose, Gary (16 August 2014). "West Ham 0-1 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 16 August 2014.
  13. ^ Fifield, Dominic (24 August 2014). "Tottenham give Harry Redknapp unhappy homecoming with QPR defeat". The Guardian. Dicapai pada 24 August 2014.
  14. ^ McNulty, Phil (1 March 2015). "Chelsea 2-0 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 22 March 2015.
  15. ^ "Eric Dier". TheFA.com. Dicapai pada 5 December 2013.
  16. ^ "SLOVAKIA vs ENGLAND". TheFA.com. 16 November 2011. Dicapai pada 5 December 2013.
  17. ^ "Final squad named". TheFA.com. 28 May 2013. Dicapai pada 5 December 2013.
  18. ^ Veevers, Nicholas (16 June 2013). "Training win for Three Lions". TheFA.com. Dicapai pada 5 December 2013.
  19. ^ "England Under-21s thrash Scotland 6–0 in friendly". BBC Sport. 13 August 2013. Dicapai pada 5 December 2013.
  20. ^ Laman web Soccerbase: Statistik kerjaya Eric Dier
  21. ^ Soccerway profile

Pautan luar sunting