Ex Aku Pontianak ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Shamyl Othman dengan skrip oleh Anwar Hadi, Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar. Dibintangi oleh Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, siri ini disiarkan sebagai sebahagian daripada Gempak Original Series dari 19 Januari hingga 23 Mac 2022.[1][2][3][4][5]

Ex Aku Pontianak
Genre
Ditulis oleh
  • Anuar Hadi
  • Sharmaine Othman
  • Suzanne Ong
  • Akmal Nahar
PengarahShamyl Othman
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifLina Tan
Penerbit
  • Shamyl Othman
  • Alice Cornwell
PenyuntingM. Haziq Burhanuddin
LokasiMalaysia
Tempoh siaran20–25 minit
Syarikat penerbitan
Red Communications
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal19 Januari 2022 – 23 Mac 2022

Premis sunting

Mengisahkan seorang playboy bernama Malik (Ikmal Amry) yang diburu oleh bekas teman wanitanya, Bella (Elizabeth Tan) kerana bermain kayu tiga. Malik terkejut apabila mengetahui Bella sebenarnya ialah seekor pontianak dan dia mendapatkan bantuan Suraya (Raysha Rizrose), seorang pemburu pontianak yang mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baharu.

Pelakon sunting

Penampilan kameo sunting

Penerbitan sunting

Ex Aku Pontianak diarahkan oleh Shamyl Othman, manakala skripnya ditulis oleh adiknya, Sharmaine, Anwar Hadi, Suzanne Ong dan Akmal Nahar. Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose bersetuju membintangi drama ini selepas membaca skrip yang disifatkan "begitu segar".[7]

Pengarahnya, Shamyl menjelaskan, meskipun drama ini mengangkat mitos pontianak sebagai subjek utama, namun pasukan penerbitannya cuba membawa kisahnya ke satu konteks baharu. Menurutnya, penggambaran dijalankan pada waktu malam sehingga awal pagi.[7] Barisan pelakon lain termasuk Alicia Amin, Fikhree Bakar, Maya Hanum dan Nabil Zakaria.[4] Supermodel, Amber Chia dan pelumba negara, Alex Yoong membuat penampilan kameo.[4]

Episod sunting

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"Malik, Si Kasanova"19 Januari 2022
Malik, seorang gamer dan pengacara TV yang telah bosan dengan Bella. Kerana Malik keluar dengan wanita lain, Bella menghantar zombi untuk menganggu Malik. Malik terpaksa meminta bantuan Suraya, seorang pemburu pontianak.
2"Suraya, Si Pemburu Pontianak"26 Januari 2022
Suraya mahu menyempurnakan penangkapan 20 pontianak untuk memulihkan mata Mama. Suraya terpaksa keluar makan dengan Malik tetapi terkantoi. Suraya sedar Bella ialah pontianak yang dikehendaki.
3"Bella, Si Darling"2 Februari 2022
Bella ialah pontianak yang cantik namun sering menjadi mangsa lelaki buaya darat. Bella jadi berhati-hati dalam bercinta. Namun Malik juga khianatinya lalu Bella arahkan Amran dan Zafran serang Malik.
4"Serangan Zombie 101"9 Februari 2022
Malik dan Suraya lari dari Amran dan Zafran. Malik takut balik rumah lalu tumpang tidur rumah Suraya. Malik cadangkan untuk Suraya untuk ekori Fifi dan Jay yang rupanya ke Pontibar.
5"Jay, Bella, Fifi dan..."16 Februari 2022
Jay skeptikal bila pemburu pontianak cari mereka. Jay dan Fifi terkejut Bella ada di rumah mereka. Bella ceritakan Malik curang. Fifi rasa kasihan tetapi Jay pula nak siasat Bella.
6"Misi Kalahkan Zombie"13 Februari 2022
Bengang rancangannya tidak menjadi, Bella gigit Joe untuk dijadikan zombi. Suraya, Malik, Jay dan Fifi pecah masuk sarang Bella tetapi diserang oleh Amran dan Zafran.
7"Panduan Tewaskan Zombie"2 Mac 2022
Fifi menggunakan kepakaran rambut untuk tewaskan Amran. Amran tunjukkan gigitan di leher yang membuktikan Bella pontianak jahat. Suraya tekad yang Bella perlu dihapuskan tapi Fifi dan Jay tidak bersetuju.
8"Dimana Azimat Bella"9 Mac 2022
Suraya meminta untuk mencari azimat Bella secepat mungkin. Fifi dan Jay cuba pujuk Bella jadi baik tetapi tidak dilayan. Suraya dan Malik pecah masuk rumah Bella dan menjumpai peti besi Bella.
9"Pontianak Vs Pemburu Pontianak"16 Mac 2022
Malik ajak Bella untuk berjumpa. Bella gunakan zombi Joe untuk menyerang dan terpaksa menewaskan mereka sendiri. Malik membawa lari peti besi yang dipercayai mengandungi azimat Bella.
10"Semuanya Terungkai"23 Mac 2022
Sedih apa yang terjadi, Bella serang Suraya. Akhirnya Malik menjumpai azimat Bella lalu Bella terhapus. Setahun kemudian, Suraya dan Jay dijemput ke kenduri kahwin Malik tapi terkejut bila nampak Bella.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k "Ex Aku Pontianak". My Infotaip. 17 Januari 2022. Dicapai pada 29 April 2022.
  2. ^ Zulqarnain Abu Hassan (18 Januari 2022). "Ex Aku Pontianak saji hiburan komedi seram". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 April 2022.
  3. ^ Azwa Rahman (12 Januari 2022). "Apa Jadi Bila Pontianak Bertemu Pemburu? Drama Komedi Seram Ex Aku Pontianak Akan Menemui Anda Tak Lama Lagi!". Astro Gempak. Dicapai pada 29 April 2022.
  4. ^ a b c "Drama Bersiri 'EX AKU PONTIANAK' Gabungkan Komedi, Seram dan Aksi Gandingan Ikmal Amry, Raysha Rizrose dan Elizabeth Tan". Backstage2020. 11 Januari 2022. Dicapai pada 29 April 2022.
  5. ^ Nannie Isa (12 Januari 2022). "DRAMA 'EX AKU PONTIANAK' SCARY ATAU LAWAK WEI?". Kitepunye. Dicapai pada 29 April 2022.
  6. ^ Noor Ain Norman (26 Januari 2022). "Bawa Watak Komedi Dalam Ex Aku Pontianak, Ikmal Amry Tonjol Sisi Lain Dalam Lakonan". Remaja. Dicapai pada 30 Oktober 2022.
  7. ^ a b Haryati Karim (24 Januari 2022). "Bila si penakut hantu, pemburu puntianak bertemu". Kosmo!. Dicapai pada 29 April 2022.