Farah Asyikin (album)

Farah Asyikin ialah album studio pertama dan terakhir oleh penyanyi wanita Malaysia, Farah Asyikin, dikeluarkan pada 1 Mei 2007 oleh Nature Records dan Monkey Bone Records.[1]

Farah Asyikin
Album studio oleh
Dilancarkan pada1 Mei 2007
Dirakamkan pada2006–2007
Genre
Panjang37:54
Bahasa
Syarikat
Penerbit
Single daripada Farah Asyikin
  1. "Dari Sini Ke Bintang-Bintang"
    Dikeluarkan: Januari 2007
  2. "1000 Penipuan"
    Dikeluarkan: Julai 2007
  3. "Get Happy"
    Dikeluarkan: Februari 2008
  4. "Di Pangkuan Pilu"
    Dikeluarkan: November 2008
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya terjual sebanyak 3,000 unit. Empat lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single termasuk "Dari Sini Ke Bintang-Bintang" dan "1000 Penipuan" yang berjaya menduduki carta muzik tempatan.[1] "Dari Sini Ke Bintang-Bintang" dipilih sebagai lagu tema drama Sutera Maya dan "1000 Penipuan" sebagai lagu tema drama Gol & Gincu The Series.[2] Farah dalam temubual dengan Utusan Malaysia menyifatkan album sulungnya sebagai "hadiah perkahwinan" beliau.[3]

Farah sendiri turut terlibat dalam pembikinan albumnya ini dengan menyumbangkan dua lagu ciptaannya, iaitu "Fantasi" dan "Cinta" selain turut menulis lirik untuk enam lagu.[4] Namun terdapat masalah apabila Nature Records didakwa melewatkan pengedaran album ini menyebabkan Farah memutuskan untuk menamatkan kontraknya bersama Nature Records.[1]

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."O"Farah AsyikinAudi Mok2:50
2."Dari Sini Ke Bintang-Bintang"Rafidah AbdullahAudi Mok3:06
3."Bukan Milik Ku"Farah AsyikinAudi Mok3:29
4."Fantasi"Farah AsyikinFarah Asyikin3:38
5."Cinta"Farah AsyikinFarah Asyikin3:38
6."Di Pangkuan Pilu"Mabel LewSharon Paul3:31
7."Get Happy"Audi MokAudi Mok2:40
8."1000 Penipuan"AzaleaAudi Mok2:40
9."Bayangkanlah"Farah AsyikinAhmad Izham Omar3:57
10."Sempurna"Farah AsyikinAudi Mok4:27
11."Dari Sini Ke Bintang-Bintang" (versi akustik) Rafidah AbdullahAudi Mok3:08
Jumlah masa: 37:54


Tenaga kerja sunting

Diperoleh dari catatan media album.[5]

Penyanyi dan pemuzik
  • Farah Asyikin - vokal
  • Jamie Wilson - gitar
  • Greg Henderson - gitar tambahan
  • Kelly - bes
  • Adriane Palikat - dram
  • Audi Mok - programming
  • Chan Kum Loong - erhu
  • Ahmad Izham Omar - wurlitzer, keyboard
  • Sharon Paul - piano
  • Lan Habgood - trumpet
  • Arthur Kam - perkusi
Teknikal
  • Audi Mok - penerbit, susunan muzik, rakaman
  • Ahmad Izham Omar - penerbit eksekutif
  • Eja Ibrahim - pemasaran
  • Baby - promosi
  • Zuar - promosi
  • Adik - promosi
  • Z - promosi
  • Nick Lee (Sonique Productions) - mastering
  • Riz - penyelaras A&R
  • Bustamam Mokhtar (White Studio) - fotografi
  • Izatt Artistic Team - imej dan solekan
  • Johari Sahlan - reka bentuk kulit album
  • Greg Henderson - juruadun

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Norliza Mohamad Ghazali (8 Mac 2008). "Farah Asyikin, syarikat rakaman bermasalah?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-10. Dicapai pada 10 Julai 2008.
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (27 Julai 2007). "Lagu Farah Asyikin begitu peribadi". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2010.
  3. ^ Shazryn Mohd Faizal (15 Mei 2007). "Farah - Fariz bercinta selepas kahwin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-22. Dicapai pada 19 Julai 2010.
  4. ^ "Farah Asyikin tidak tiru Kelly Clarkson". Utusan Malaysia. 6 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-08. Dicapai pada 19 Julai 2010.
  5. ^ Farah Asyikin (Catatan media). Farah Asyikin. Free Nature, Monkey Bone. 2007.CS1 maint: others (link)

Pautan luar sunting