Federico Dimarco (lahir 10 November 1997) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi bek kiri untuk Hellas Verona secara pinjaman dari Inter Milan dan pasukan bawah-21 Itali.

Federico Dimarco
Maklumat peribadi
Nama penuh Federico Dimarco
Tarikh lahir (1997-11-10) 10 November 1997 (umur 26)
Tempat lahir Milan, Itali
Ketinggian 1.74 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Hellas Verona
(dipinjam dari Inter Milan)
Nombor 23
Kerjaya remaja
2004–2015 Internazionale
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2017 Internazionale 1 (0)
2016Ascoli (pinjam) 15 (0)
2016–2017Empoli (pinjam) 12 (0)
2017–2018 Sion 9 (0)
2018– Internazionale 3 (0)
2018–2019Parma (pinjam) 13 (1)
2020–Hellas Verona (pinjam) 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2012–2012 Itali B15 8 (1)
2012–2012 Itali B16 2 (0)
2012–2014 Itali B17 23 (0)
2013–2015 Itali B18 4 (1)
2014–2016 Itali B19 17 (4)
2016–2018 Itali B20 10 (3)
2018–2019 Itali B21 11 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12:04, 31 Januari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22 Jun 2019

Kerjaya kelab sunting

Inter Milan sunting

Sebagai pemain lepasan akademi Inter Milan, Dimarco melakukan penampilan sulungnya untuk kelab itu pada 11 Disember 2014 semasa berusia 17 tahun dengan menggantikan Danilo D'Ambrosio pada minit ke-84 permainan dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan terikat seri tanpa jaringan menentang Qarabağ dalam peringkat kumpulan kejohanan Liga Europa.[1][2] Beliau telah dipanggil untuk menghadapi aksi Serie A buat pertama kali pada 1 Februari 2015 tetapi tidak diberi peluang untuk beraksi ketika pasukannya tewas 1-3 kepada Sassuolo di gelanggang lawan.[3] Dimarco melakukan penampilan pertamanya di Serie A pada 31 Mei 2015 iaitu pada hari terakhir musim ketika pasukannya melakar kemenangan 4-3 ke atas Empoli selepas beliau menggantikan Rodrigo Palacio pada minit ke-89 permainan.[4]

Ascoli sunting

Pada Januari 2016, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Ascoli di bawah rundingan selama enam bulan.[5] Pada 6 Februari, Dimarco melakukan penampilan sulungnya untuk Ascoli pada aksi Serie B menentang Latina sebelum beliau telah digantikan oleh Dario Del Fabro pada minit ke-81.[6] Dimarco menamatkan kariernya di Ascoli dengan melakukan 15 penampilan dan melakukan empat bantuan jaringan gol.[7]

Empoli sunting

Beliau telah dipinjamkan ke Empoli selama satu musim penuh.[8] Pada 28 Ogos 2016, beliau tampil dalam perlawanan pertamanya untuk Enpoli ketika pasukannya menentang Udinese sebelum beliau digantikan oleh Marco Zambelli pada minit ke-69 permainan.[9] Beliau menamatkan tempoh pinjamannya di Empoli dengan melakukan 13 penampilan tetapi pasukannya itu berdepan penyingkiran ke Serie B.

Sion sunting

Pada 30 Jun 2017, Dimarco telah dijual ke Sion[10] dengan nilai perpindahan sebanyak 3.91 juta euro.[11] Pada 23 Julai 2017, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Sion pada perlawanan Liga Super Swiss menentang Thun. Beliau telah digantikan oleh Quentin Maceirais pada minit ke-41 perlawanan ekoran mengalami pergeseran pada kakinya.[12][13]

Kembali ke Inter sunting

Pada 5 Julai 2018, Inter mengaktifkan klausa pembelian-balik untuk membawa masuk semula Dimarco dengan perpindahan yang bernilai 7 juta euro.[14]

Parma sunting

Pada 7 Ogos 2018, Dimarco telah dipinjam ke Parma berserta pilihan untuk dibeli secara tetap.[15] Pada 12 Ogos, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Parma pada pusingan ketiga Coppa Italia menentang Pisa.[16] Pada 16 September, beliau telah menjaringkan gol pertamanya di Serie A ketika pasukannya mengatasi Inter 1-0 di San Siro.[17]

Hellas Verona sunting

Pada 31 Januari 2020, Dimarco berpindah ke Hellas Verona secara pinjaman sehingga akhir musim bersama pilihan untuk dibeli secara tetap.[18][19]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada tahun 2013, beliau merupakan anggota pasukan bawah-17 Itali yang menjadi naib-juara pada Kejohanan Eropah 2013 yang berlangsung di Slovakia. Di samping itu, beliau juga mewakili pasukannya itu ke Piala Dunia B-17 2013 yang mana tersingkir di pusingan kedua kejohanan. Bersama pasukan bawah-19 Itali, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah 2016 yang menyaksikan Itali mara ke perlawanan akhir. Beliau telah menjaringkan empat gol pada sepanjang kejohanan itu termasuklah tiga sepakan penalti dan satu jaringan melalui sepakan percuma.[20] Pada tahun 2017, beliau bertanding dalam kejohanan Piala Dunia B-20 2017 yang berlangsung di Korea Selatan yang mana pasukan Itali merangkul tempat ketiga kejohanan.

Pada 22 Mac 2018, beliau melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan bawah-21 Itali dalam perlawanan persahabatan menentang Norway sebagai pemain gantian menggantikan Giuseppe Pezzella yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[21] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk pasukan bawah-21 pada 11 September pada aksi persahabatan menentang Albania.

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 9 Februari 2020.[22][23]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Internazionale 2014–15 1 0 0 0 1[a] 0 2 0
  Ascoli 2015–16 12 0 0 0 12 0
  Empoli 2016–17 15 0 1 0 16 0
  Sion 2017–18 9 0 0 0 0 0 9 0
  Parma 2018–19 13 1 1 0 14 1
  Internazionale 2019–20 3 0 1 0 0 0 4 0
Jumlah di Internazionale 4 0 1 0 1 0 6 0
  Hellas Verona 2019–20 2 0 0 0 2 0
Jumlah kerjaya 55 1 3 0 1 0 59 1
  1. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Catatan sunting

  1. ^ "Federico Dimarco". UEFA Europa League. 15 December 2014. Dicapai pada 7 January 2015.
  2. ^ "Qarabağ hold Inter but fall short". UEFA. 11 December 2014. Dicapai pada 11 April 2015.
  3. ^ Carci, Francesco (1 February 2015). "Sassuolo-Inter 3-1, gli emiliani sfatano il tabù e mandano i nerazzurri in crisi" [Sassuolo 3-1 Inter, the Emilians break the taboo and send the Nerazzurri into crisis]. Repubblica (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 11 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Inter, Mancini è di parola: esordio per Federico Dimarco, il piccolo Alaba" (dalam bahasa Itali). gazzetta.it. 4 June 2015.
  5. ^ "Federico Dimarco all'Ascoli". Inter Milan. Dicapai pada 2017-10-28.
  6. ^ "Ascoli vs. Latina - 6 February 2016 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-28.
  7. ^ "Italy - F. Dimarco - Profile with news, career statistics and history - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-28.
  8. ^ "Federico Dimarco all'Empoli". Inter Milan. Dicapai pada 2017-10-28.
  9. ^ "Udinese vs. Empoli - 28 August 2016 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-28.
  10. ^ "Federico Dimarco al Sion" (Siaran akhbar). Inter Milan. 30 June 2017. Dicapai pada 28 October 2017.
  11. ^ "Nota Integrativa". F.C. Internazionale Milano S.p.A. bilancio al 2017-06-30 (statutory filing) (dalam bahasa Italian). Milan: Italian C.C.I.A.A. December 2017. m/s. 29.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ Bertagna, Sabine (25 July 2017). "Dimarco, inizia male l'avventura al Sion: infortunio e frattura del piede". fcinter1908.it (dalam bahasa Itali). Bologna: RCS MediaGroup. Dicapai pada 28 October 2017.
  13. ^ "Thun vs. Sion - 23 July 2017". Soccerway. 23 July 2017. Dicapai pada 28 October 2017.
  14. ^ "Calciomercato" (dalam bahasa Italian). Lega Serie A. Dicapai pada 27 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "UFFICIALE: Parma, tris d'acquisti dall'Inter: Biabiany, Dimarco e Bastoni" (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 7 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ https://us.soccerway.com/matches/2018/08/12/italy/coppa-italia/parma-fc/pisa-calcio/2855219/?ICID=HP_MS_03_07
  17. ^ https://us.soccerway.com/matches/2018/09/15/italy/serie-a/fc-internazionale-milano/parma-fc/2863791/
  18. ^ "Federico Dimarco joins Hellas Verona" (Siaran akhbar). inter.it. 31 January 2020. Dicapai pada 31 January 2020.
  19. ^ "Ufficiale: dall'Inter arriva in prestito Dimarco con diritto di opzione" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). hellasverona.it. 31 January 2020. Dicapai pada 31 January 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ https://www.gazzetta.it/calcio/nuove-forze-calcio/22-07-2016/under-19-parla-federico-dimarco-terzino-goleador-dedica-fratello-christian-empoli-qarabag-esordio-160436877906.shtml
  21. ^ https://www.tuttomercatoweb.com/altre-notizie/under-21-forfait-anche-per-petretta-al-suo-posto-dimarco-1090675%5D%5D
  22. ^ Biodata Federico Dimarco di Soccerway
  23. ^ "Federico Dimarco". Inter Milan. Dicapai pada 3 June 2015.

Pautan luar sunting