Gugusan FELDA Lui
Gugusan FELDA Lui ialah salah satu kawasan tanah rancangan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di bawah FELDA Wilayah Raja Alias. Gugusan FELDA Lui terletak dalam pentadbiran daerah Jempol, namun terletak dalam kawasan Sungai Lui di bawah Parlimen Jelebu. Gugusan ini merangkumi tujuh kawasan tanah rancangan, dan bersempadan dengan FELDA Pasoh di barat, Air Hitam di selatan dan Kemayan, Pahang di utara dan timur.
Gugusan FELDA Lui Wilayah Raja Alias | |
---|---|
Gugusan tanah rancangan | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Jempol |
Mukim | Serting Hilir |
Tanah rancangan | 7 tanah rancangan
|
Pentadbiran | |
• Pengarah FELDA Wilayah | Mohd Helmi Fakhzan Bin Abd Wahab |
Poskod | 72120 |
Tanah rancangan sunting
Lui Timur sunting
FELDA Lui Timur ialah tanah rancangan kedua dibuka selepas FELDA Sungai Lui. Pengurus pertama ialah Kassim Yaacob berasal dari Kelantan. Felda Lui Timur telah mula menanam getah pada tahun 1975/1976 seluas 2288.32 hektar yang terbahagi kepada kawasan kampung seluas 173.04 hektar. Pada asalnya Felda Lui Timur mempunyai 601 orang peneroka yang terdiri daripada 25 buah blok, tetapi kini jumlah penduduk hanyalah 540 orang terdiri daripada 24 buah blok sahaja. Pada tahun 1980, kerajaan telah memasukkan bekalan air paip. Pada pertengahan tahun 1984, kuasa elektrik mula dibekalkan.
Pengurus sunting
No. | Pengurus | Tempoh khidmat |
---|---|---|
1 | Mat Kassim Yaakob | 1975 - 1983 |
2 | Malik Tahir | 1983 - 1988 |
3 | Hamdan Salleh | 1988 - 1990 |
4 | Haris Mat Top | 1990 - 2004 |
5 | Musa Hashim | 2004 - 2010 |
6 | Abdul Shukor Jalalludin | 2010 - 2013 |
7 | Ibrahim Omar | 2013 - 2015 |
8 | Mohd Nasir Basri | 2015 - 2018 |
9 | Anuar Ab Rahim | 2018 - 2018 |
10 | Mohd Ramli Abdul Rahman | 2018 - kini |
Petugas 2023 - 2024 sunting
- Mohammmad Najib Bin Othman
- Abdul Harif Bin Mohd Nasir
- Muhammad Faiz Bin Mohd Alwi
- Muhammad Fakhri Bin Abas
- Ahmad Shaufi Azmer Bin Mohd Latif
- Nursyahida Binti Mus
- Nur Ain Hidayah Binti Mohd Nasir
- Siti Mastura Binti Kadar
- Muhammad Shaqil Bin Abdul Malek
- Mohd Mustakim Bin Md Salleh
Lui Selatan sunting
Felda Lui Selatan 1 & 2 dihuni oleh 3,250 penduduk terletak di dalam Mukim Serting Hilir, Daerah Jempol, Negeri Sembilan mula dimajukan sekitar tahun 1977-1978 oleh FELDA. Sekitar tahun 80-an peneroka mula mendiami di penempatan ini. Setiap peneroka disediakan 10 ekar tanah untuk tanaman getah dan 0.25 ekar untuk tapak rumah.[1]
Kemudahan sunting
Sekolah sunting
Rumah ibadat sunting
Balai polis sunting
- Balas Polis Sungai Lui
Klinik desa sunting
- Klinik Desa Felda Lui Selatan
- Klinik Desa Felda Lui Timur
- Klinik Desa Felda Lui Selatan
- Klinik Desa Felda Lui Muda
- Klinik Desa Felda Sungai Lui
Pusat Ekonomi Digital sunting
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ PEDI (2023). "Sejarah Felda Lui Selatan". http://feldaluiselatan.pjk.com.my/. External link in
|website=
(bantuan)