Sumber Ilhamku
Sumber Ilhamku merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1979. Filem Sumber Ilhamku diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Sumber Ilhamku | |
---|---|
Pengarah | Aziz Jaafar |
Penulis | Aziz Jaafar |
Cerita oleh | Aziz Jaafar |
Dihasilkan oleh | Syed Kechik Syed Mohamed |
Dibintangi | Latif Ibrahim Sharifah Aini Mahmud Jun Rosnah Abdul Rahman Ahmad Daud M. Rizal |
Disunting oleh | Raja Jamaluddin |
Muzik oleh | Ahmad Nawab |
Tarikh tayangan | 1979 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Sumber Ilhamku mula ditayangkan pada 1979 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Latif Ibrahim, Sharifah Aini dan ramai lagi.
Pengarah sunting
Filem Sumber Ilhamku diarah oleh pengarah Aziz Jaafar pada 1979.
Ringkasan sunting
Nasir mahir bermain alat muzik, mencipta dan mengubah lagu lalu berpindah ke ibu kota untuk mencuba naib. Razlan dilantik untuk menguruskan pancaragam itu. Malangnya Razlan tidak amanah, semua usaha baik Nasir terbuang begitu sahaja. Razlan meradang dan mengupah samseng untuk memukul Nasir. Ketika menerima rawatan, Nasir mendapat tahu bahawa Doktor Nora adalah seorang gadis dari kampungnya dan jatuh hati padanya. Nasir kemudian bertugas sebagai pengubah lagu di Syarikat Ahmad Daud tetapi Linda tidak menyukai ciptaan Nasir. Namun bila hasil karyanya menjadi masyhur, Linda jatuh cinta pula kepada Nasir.
Pelakon sunting
- Latif Ibrahim
- Sharifah Aini
- Mahmud Jun
- Rosnah Abdul Rahman
- Ahmad Daud
- Teh Faridah
- Ibrahim Pendek
- Sonny Abdullah
- M. Rizal
- Saadiah
Penyanyi sunting
Anugerah dan pencapaian sunting
- Festival Filem Malaysia Pertama (1980): Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mahmud Jun)
- Festival Filem Malaysia Pertama (1980): Lagu Tema Asal Terbaik (Ahmad Nawab)
- Festival Filem Malaysia Pertama (1980): Filem Light Drama Terbaik