Filogeografi merupakan kajian proses bersejarah yang mungkin membawa kepada taburan geografik individu semasa. Ini mencapai dengan mengambil kira taburan geografik individu dari segi genetik, terutamanya genetik populasi.[1]

Istilah ini diperkenalkan untuk memerikan isyarat genetik yang terstruktur geografik dalam dan antara spesies. Tumpuan yang eksplisit kepada biogeografi atau masa lampau biogeografik membezakan filogeografi daripada ilmu genetik populasi dan filogenetik klasik.[2]

Peristiwa-peristiwa lampau yang boleh disimpulkan termasuk peluasan populasi, kesendatan populasi, vikarians dan migrasi. Pendekatan terbaru yang menyepadukan teori bertaut atau sejarah genealogi alel dan maklumat pertaburan dapat menerangkan dengan lebih tepat peranan relatif pelbagai kekuatan bersejarah ini dalam membentuk corak semasa.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Avise, J. (2000). Phylogeography: The History and Formation of Species. President and Fellows of Harvard College. ISBN 0-674-66638-0.
  2. ^ Knowles, L. L. and W. P. Maddison (2002). "Statistical phylogeography". Molecular Ecology. 11 (12): 2623–2635. doi:10.1046/j.1365-294X.2002.01637.x. PMID 12453245.
  3. ^ Cruzan, M. B; A. R. Templeton (2000). "Paleoecology and coalescence: phylogeographic analysis of hypotheses from the fossil record". Trends in Ecology and Evolution. 15 (12): 491–496. doi:10.1016/S0169-5347(00)01998-4. PMID 11114435. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)