Firdaus Abdullah
Datuk Dr Firdaus Abdullah (3 Jun 1944 – 11 April 2024) ialah seorang penulis dan penyajak dari Malaysia. Beliau pernah menyandang Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Datuk Dr. Firdaus Abdullah | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Dalam jawatan 21 Januari 2009 – 25 Januari 2015 | |
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka | |
Dalam jawatan 2005–2008 | |
Didahului oleh | A. Aziz Deraman |
Digantikan oleh | Termuzi Abdul Aziz |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuang, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 3 Jun 1944
Meninggal dunia | 11 April 2024 Hospital Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 79)
Sebab kematian | Kanser limfoma |
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Selangor |
Latar belakang sunting
Dia lahir pada 3 Jun 1944 di Kuang, Selangor. Bapanya keturunan Minangkabau dan selalu mendengar siaran radio yang dipancarkan dari Padang, Sumatera - Sandiwara Randai dan lagu-lagu lama Minang.
Pendidikan sunting
Dia bersekolah di Sekolah Melayu Jalan Raja muda dan Sekolah Menengah Methodist, Sentul, Kuala Lumpur. Selepas bekerja sebagai wartawan, Firdaus sambung belajar di universiti pada 1966. Dia mendapat ijazah Sarjana Politik dari Ohio University (1971), ijazah Sarjana Falsafah (1975) dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik (1980), kedua-duanya dari Columbia University, Amerika Syarikat.
Beliau pernah melawat San Francisco, New York, Moscoe, Las Vegas, Tokyo , London, Bangok , Niagara dan lain-lain.
Kerjaya sunting
Firdaus pernah bekerja dengan kumpulan akhbar The New Straits Times sebagai wartawan Berita Harian; pengajar Bahasa Melayu dan Malaysian Civics kepada sukarelawan Amerika di Kampus Hilo, University of Hawai, Amerika Syarikat serta menjalankan tugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya.
Pada 1979, beliau mewakili Gapena memghadiri Persidangan Antarabangsa Kedua Sastera Kanak-Kanak dan Belia di Moscow, Rusia ; Seminar Ekonomi Asia di Tokyo ; Seminar Tamadun Islam di Kuala Lumpur dan Seminar Koperasi Pengguna di Tokyo (1985).
Dia aktif dalam persatuan penulis seperti PENA dan Gapena sebagai AJK. Beliau juga aktif dalam Persatuan Sains Sosial Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia dan Persatuan Ekonomi Malaysia. Beliau terlibat sebagai pelakon dalam filem Esok Masih Ada arahan Dato Jins Shamsuddin.
Semarak sunting
Semasa kempen Semarak pada 1985 di bawah Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, beliau turut dilibatkan untuk membacakan sajak-sajak patriotik. Contohnya dia membaca sajak di padang Kampung Gajah sempena pelancaran Semarak di negeri Perak.
Sajak-sajak beliau 'dipertikai' kerana bersifat propaganda terhadap kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Penulisan sunting
- Kepimpinan Melayu : satu rakaman kewartawanan : Fajar Bakti, 1985.
- Prisma Mimpi : Dewan Bahasa dan Pustaka , 1985.
- Radical Malay politics : its origins and early development : Pelanduk Publications, 1985.
- Laungan (antologi pusi bersama), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136
- Puisi Kanak-kanak (antologi bersama), :DBP, 1967
- Balada Cinta di Seberang Benua, DBP, 1976
- Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama) Kuala Lumpur:DBP, 1981
- Lagu Kehidupan (antologi bersama), :DBP, 1983
- Bintang Mengerdip (antologi bersama) DBP, 1984
- 100 Sajak Malaysia (antologi bersama) : Penerbitan Tra-Tra, 1984, 141
- Bahasa Alam (antologi bersama) : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1984,
108 hlm.;
- Prisma Mimpi, Kuala Lumpur:DBP, 1985, 89
- Puisi Amira dan Falahi, (puisi kanak-kanak), Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986;
- Bunga Gerimis (antologi bersama), Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.;
- Puisirama Merdeka (antologi bersama),Persatuan Penulis Nasional (PENA), 1986
- Kumpulan Sajak-sajak Hadiah Sastera 1971 – 1973 (antologi bersama), DBP, 1987
- Kumpulan Puisi Malaysia 1975-1985 (antologi bersama), DBP, 1988
- Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986 (antologi bersama),DBP, 1990, 941 hlm.;
- Merpati Putih dan Pelangi/The White Dove and the Rainbow (antologi bersama), DBP, 1990
- Malaysia dalam Puisi (antologi bersama): DBP, 1991
- Analisa Simposium Kepimpinan Melayu:Dari Mana ke Mana, Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi, 1977