Firelord Ozai merupakan watak dalam siri animasi Avatar The Last Airbender. Maharaja api Ozai adalah putera kedua Maharaja api Azulon. dia merupakan adik Jeneral Iroh. dia menikah dengan Ursa, dan mempunyai seorang putera bernama Zuko dan seorang puteri bernama Azula. Ketika Iroh berduka atas kematian Lu Ten, Ozai mengunakan kesempatan tersebut untuk meyakinkan Azulon bahwa takhta kerajaan berhak diwariskan kepadanya. Azulon bersikap keras keras memilih Iroh sebagai raja, dan ia tidak bersedia menyerahkan takhta kepada Ozai. Kerana Ozai memaksa, maka Azulon mengajukan syarat bahawa terlebih dahulu Ozai harus membunuh puteranya sendiri, iatu Zuko. Kerana intervensi yang dilakukan oleh Ursa, nyawa Zuko berjaya diselamatkan. Setelah itu, Ursa dibuang dan Azulon meninggal dunia secara misteri. Zuko yang tidak mengetahui hal tersebut cuba bertanya kepada ayahnya, namun Ozai tidak mau mengatakan sepatah perkataan pun. Akhirnya, kerana Iroh sedang berada di Ba Sing Se, Ozai dinobatkan sebagai raja. Pada suatu hari,Zuko menentang rancangan seorang jeneral, Ozai mencabarnya untuk berduel dalam Agni Kai. Oleh sebab Zuko menolak untuk melakukannya, ia diusir dan tidak dibenarkan pulang sebelum berhasil menangkap Sang Avatar. Selama Zuko dibuang, Ozai kecewa dengan puteranya yang selalu gagal menangkap Avatar, dan dia lebih menyayangi dan mempercayai kekuatan Azula. Pada akhir siri Avatar musim pertama, Ozai menganggap Zuko sebagai pengkhianat dan mengutus Azula agar membawanya pulang. Namun, usaha Azula tidak berjaya. Sebaliknya, Zuko membantu Azula menghadapi Aang sehingga dia dianggap sebagai pahlawan perang. Ketika Zuko mengetahui rahsia datuknya, Ozai berniat mengakhiri riwayat Zuko, namun Zuko berjaya menyelamatkan diri. Menjelang munculnya komet Sozin, Ozai yakin bahwa dunia hampir takluk di bawah kekuasannya, dan ia membuat suatu gelaran baru, yaitu "Raja Phoenix," yang setara dengan gelar "Maharaja Dunia." Namun,pada akhir siri apabila berlawan dengan Aang,Avatar Aang menghilangkan ilmu pengendalian kuasa api Ozai. Akhirnya Zuko menjadi pewaris raja negara api yang seterusnya manakala Ozai dikurung di penjara.

Fire Lord Ozai(Raja Api Ozai)
Watak Avatar: The Last Airbender
Kemunculan pertama Winter Solstice Part 2: Avatar Roku
Kemunculan terakhir Sozin's Comet, Part 4: Avatar Aang
Dicipta oleh Michael Dante DiMartino dan Bryan Konietzko
Dilakonkan oleh Mark Hamill (suara)
Informasi
GelaranFire Lord Ozai
JantinaLelaki
KewarganegaraanFire Nation

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.