Firman Utina (lahir 15 Disember 1981) ialah pemain bola sepak profesional Indonesia yang sudah bersara, semasa masih bermain dahulu barisannya berada di bahagian tengah penyerang tetapi dapat dimainkan oleh jurulatih dalam barisan tengah lain. Sepanjang kerjaya pemainnya, Firman telah menyertai beberapa kelab popular di Indonesia, terutamanya berjaya memenangi gelaran liga bersama Sriwijaya, Persib Bandung, dan Bhayangkara.

Firman Utina
Maklumat peribadi
Nama penuh Firman Utina
Tarikh lahir (1981-12-15) 15 Disember 1981 (umur 42)
Tempat lahir Manado, Indonesia
Ketinggian 166 cm (5 ka 5 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
1993−1994 Indonesia Muda Manado
1995−1998 Bina Taruna Manado
1998−1999 Persma Manado
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000–2001 Persma Manado 14 (0)
2001−2004 Persita Tangerang 65 (8)
2004−2006 Arema Malang 38 (4)
2006−2008 Persita Tangerang 29 (0)
2008−2010 Pelita Jaya 40 (3)
2010−2011 Persija Jakarta 15 (3)
2011−2013 Sriwijaya F.C. 42 (6)
2013−2015 Persib Bandung 55 (4)
2016–2017 Sriwijaya F.C. 24 (0)
2017–2018 Bhayangkara 15 (0)
Jumlah 355 (29)
Pasukan kebangsaan
1998 Indonesia B-19
2001−2003 Indonesia B-23
2001−2014 Indonesia 66 (5)
Pasukan diurus
2018 Bhayangkara (jurulatih pembantu)
2019 Kalteng Putra (guru besar akademi)
2020 PSJS Jakarta Selatan (ketua jurulatih)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Pada peringkat antarabangsa, Firman bermain menyertai pasukan kebangsaan Indonesia dalam peringkat bawah-19 dan bawah-23, sebelum penampilan perdana seniornya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 menentang Kemboja pada 2001.[1] Selepas penampilan perdana, dia sering dipanggil untuk membersamai pasukan senior selama 13 tahun berturutan, menyertai empat edisi Kejohanan AFF serta mara sebagai negara pengacara ke Piala Asia AFC 2007. Dalam kejohanannya yang terakhir, dia boleh dikatakan menunjukkan pencapaian terbaiknya apabila dipilih sebagai pemain di atas padang terbaik untuk Indonesia menentang Bahrain dalam perlawanan peringkat kumpulan, menyokong kemenangan Indonesia 2–1 ke atas penentang kerana jaringan gol mengagumkan Utina di minit-minit sebelum wisel berbunyi.[1] Dia menjadi kapten pasukan kebangsaan Indonesia pada Kejohanan AFF 2010 dan berjaya sebagai pemain paling bernilai kejohanan itu.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Lima Momen Terbaik Firman Utina Di Timnas Indonesia | Goal.com". www.goal.com. Dicapai pada 2020-07-06.