Frederick de Houtman

Frederick Pietersz de Houtman[1] (s. 1571 – 21 October 1627) adalah seorang penjelajah dan pengemudi Belanda yang terlibat dalam rombongan jelajah pertama Belanda ke kepulauan Melayu/Nusantara buat pertama kalinya dari 1595 hingga 1597. Beliau adik kepada Cornelis de Houtman, seorang penjelajah yang serombongan berjaya menghubungkan suatu laluan rempah untuk pihak Belanda kepada kepulauan Melayu lalu berjaya menggugat monopoli dagang rempah dikuasai Empayar Portugis di sana.

Frederick de Houtman
فريديريک دي هاوتمن
De Houtman s. 1615
Gubernur Maluku
Dalam jawatan
11 Julai 1621 – 25 Februari 1623 (11-07-1621 – 25-02-1623)
Didahului olehLaurens Reael
Digantikan olehJacques le Fèbre
Gubernur Amboyna
Dalam jawatan
1 Mac 1605 – 18 Februari 1611 (01-03-1605 – 18-02-1611)
Didahului olehJawatan didirikan
Digantikan olehCaspar Janszoon
Butiran peribadi
LahirFrederik de Houtman
tidak diketahui, s. 1571
Gouda, Tujuh Belas Provinsi
Meninggal dunia21 Oktober 1627(1627-10-21) (umur 55–56)
Alkmaar, Republik Belanda
PasanganVrouwtje Cornelisdr Clock
SaudaraCornelis de Houtman (abang)
PekerjaanPenjelajah, pengemudi, gabenor
Majikan
Penjelajahan

Beliau terkenal sebagai pengarang pertama kamus bahasa Melayu kepada bahasa Belanda pada mula abad ke-17.

Awal hidup sunting

De Houtman lahir di Gouda. Beliau seorang dari tiga adik-beradik selain Cornelis (lahir 1565) dan Stijntje (lahir 1562); beliau dinamakan sempena datuk sebelah ibunya.[1] Datuk sebelah bapanya seorang pedagang balak.[2]

Kerjaya sunting

Pelayaran ke Hindia Timur sunting

Beliau menyertai penjelajahan Syarikat Hindia Timur ke kepulauan Melayu/Nusantara 1595 hingga 1597 sebagai pembantu Pieter Dirkszoon Keyser melakukan pencerapan falak di sana.[3]

Adik-beradik Houtman memulakan pelayaran kedua mereka ke kepulauan Melayu pada 1598. Di situ rombongan mereka bertelagah dengan tentera laut kesultanan Banten dalam perjalanan mereka ke Aceh. Di Aceh, abangnya Cornelis terlibat dalam suatu insiden di mana Cornelis menunjukkan langkah yang dianggap kurang ajar atau angkuh di hadapan Sultan Alauddin al-Qahhar Riayat Syah; rombongan mereka diserang balatentera Inong Balee pimpinan Keumalahayati yang mengorbankan banyak pelayar dan askar itu termasuk Cornelis. Frederick antara yang terselamat dipenjarakan di Banda Aceh selama 2 tahun dari September 1599 hingga Disember 1601.

Kembalinya ke Belanda sunting

Beliau meninggal dunia di Alkmaar pada 21 Oktober 1627.[1] Mayatnya disemadikan di perkarangan gereja Protestan Santo Laurentius (Sint-Laurenskerk).[2]

Sumbangan sunting

Sepanjang penahanan beliau selama 2 tahun di Aceh, beliau mengambil peluang mengumpul banyak maklumat berkaitan kawasan jelajahnya termasuk mencatatkan bahasa setempat dituturkan mereka.

Perkamusan Melayu sunting

Beliau mengumpul dan menyusun perbendaharaan kata bahasa Melayu di Aceh meliputi banyak bidang dari banyak rakan setahanan beliau dengan bantuan seorang jurubahasa bernama "Pak Kamis" dikatakan berasal dari Luxembourg yang berkhidmat dengan armada Portugis dan Belanda. Laras bahasa Melayu yang dicatatkan beliau dalam sistem Rumi dikembangkan sendiri berdasarkan pencerapan mendengar bahasa tersebut dituturkan di Banda Aceh; yang mana banyak kosakata dari bahasa-bahasa Arab dan Turki diserap ke dalam jenis bahasa Melayu ini. Kamus ini dicetakkan kemudian tidak lama selepas beliau kembali ke Eropah tahun 1601; kosakata bahasa Belanda dalam rupa huruf patah atau Gotik digandingkan dengan kosakata Melayu yang dicetak berupa huruf biasa.[4]

Kamus ini dirahsiakan penggunaannya dalam kalangan pegawai Syarikat Hindia Timur buat seketika masa sebelum ia akhirnya disebarkan melalui terjemahan dalam Inggeris, Perancis dan Jerman yang menjadi barang wajib kelasi yang ingin berlayar ke Asia Tenggara seterusnya "membuka jendela Nusantara bagi bangsa Eropa[h]" terutamanya di mata pihak Belanda yang meneruskan peluasan taklukan dan pengaruh di rantau kepulauan ini berabad-abad kemudian.[4]

Pencerapan bintang sunting

Frederick melakukan pencerapan langit baharu semasa duduk di Aceh ini melanjut dari kerja dahulu dilakukan bersama Pieter Keyser dalam penjelajahan pertama mereka di kepulauan ini. Pengemaskinian kajian falak ini termasuk lakaran buruj-buruj baharu mula disebarkan dahulu kepada Petrus Plancius, seorang pemeta Flanders, dalam sebiji glob dihasilkan beliau antara 1597–1598;[5] sekaligus menjadi sumbangan bersama ketiga-tiga mereka.[3] Pemerhatian falak Frederick turut dilampirkan dalam kamus Melayu-Malagasi beliau.[6]

Sebanyak 12 rasi atau buruj utama yang ditemukan beliau dalam pencerapan baru ini lalu diperkenalkan dalam pernajaman Barat iaitu:[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Gomes, Rob (1 September 2022). "Frederick Pietersz Houtman". Geneanet (dalam bahasa Belanda).
  2. ^ a b Dam, M.J. van (1998). Cornelis en Frederick de Houtman van Gouda, pioniers van de vaart op Oost-Indië (PDF) (dalam bahasa Belanda). m/s. 68, 88. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-12. Dicapai pada 2022-09-01.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ a b Kanas 2012, m/s. 119.
  4. ^ a b Yudi Anugrah Nugroho (11 Februari 2015). "Kamus dari Penjara Sultan". Historia. Dicapai pada 1 September 2022.
  5. ^ Dekker 1987, m/s. 439–470.
  6. ^ De Houtman 1603.
  7. ^ Ridpath, Ian. "Frederick de Houtman's Catalogue". Star Tales. self-published. Dicapai pada 30 May 2016.
Sumber utama

Pautan luar sunting