Furious 7 ialah sebuah filem aksi Amerika Syarikat 2015 diarahkan oleh James Wan dan ditulis oleh Chris Morgan. Ia merupakan filem ketujuh dalam francais Fast and the Furious. Filem ini dibintangi Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris Bridges, Jordana Brewster, Kurt Russell, dan Jason Statham. Furious 7 mengikuti Dominic Toretto (Diesel), Brian O'Conner (Walker) dan seluruh pasukan mereka yang telah kembali ke Amerika Syarikat untuk hidup secara normal setelah mendapat pengampunan untuk jenayah lama mereka dalam Fast & Furious 6 (2013), sehingga Deckard Shaw (Statham), seorang pembunuh pasukan khas yang mahu membalas dendam ke atas adiknya yang koma, meletakkan mereka dalam bahaya sekali lagi.[7]

Furious 7
PengarahJames Wan
PenulisChris Morgan
BerdasarkanCharacters oleh
Gary Scott Thompson
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Sinematografi
Disunting oleh
Muzik olehBrian Tyler
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
Masa tayangan
137 minit[2]
NegaraAmerika Syarikat[1]
BahasaEnglish
Bajet$190 juta[3][4][5]
Pecah panggung$1.512 bilion[6]

Dengan tiga filem sebelumnya berlaku diantara 2 Fast 2 Furious (2003) dan The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006), Furious 7 ialah filem pertama dalam francais yang mengambil tempat selepas Tokyo Drift. Filem ini juga merupakan penampilan terakhir filem Walker yang meninggal dunia selepas kemalangan pada November 30, 2013 semasa pengambaran baru setengah siap.[8] Susulan kematian Walker, pengambaran ditanguh untuk skrip ditulis semula dan saudaranya, Caleb dan Cody digunakan untuk menyelesaikan baki babak.[9]

Pelan untuk filem ketujuh pertama kali diumumkan pada bulan Februari 2012 apabila Johnson menyatakan bahawa produksi filem itu akan bermula selepas Fast & Furious 6 selesai. Pada bulan April 2013, Wan diumumkan untuk mengarahkan filem ini. Pemilihan pelakon bermula pada bulan yang sama dengan pertandatangan semula Diesel dan Walker, dan tarikh tayangan awal telah dijadual. Fotografi utam bermula di Atlanta, Georgia pada bulan September 2013 dan bersambung pada bulan April 2014 dan berakhir pada bulan Julai 2014, dengan lokasi lain perfileman termasuk Los Angeles, Colorado, Abu Dhabi dan Tokyo.

Furious 7 ditayangkan di Los Angeles pada April 1, 2015 dan pertama kali ditayangkan di Australia pada April 2, 2015 dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada April 3, 2015. Filem ini juga ditayangkan dalam 3D, IMAX 3D dan 4DX di pasaran antarabangsa. Selepas ditayangkan, filem ini mendapat kejayaan kritikal dan komersial. Filem ini mengutip $397.6 juta di seluruh dunia semasa lima hari pertama tayangan yang merupakan pembukaan ketiga terbesar sepanjang masa. Filem ini telah mengutip lebih daripada $1.5 bilion di seluruh dunia, menjadikannya filem dengan pendapatan tertinggi dalam francais ini selepas dua belas hari, filem kedua dengan pendapatan tertinggi (dibelakang Jurassic World) dan filem kelima dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa. Sebuah sekuel dijadual ditayangkan pada April 14, 2017.

Plot sunting

Selepas mereka berjaya mengalahkan Owen Shaw dan meninggalkan kerja upahan jenayah mereka di belakang, Dominic Toretto, Brian O'Connor, dan beberapa krewnya telah pulang ke Amerika Syarikat untuk mereka jalani semula kehidupan yang normal. Brian menyesuaikan diri untuk bergelar seorang bapa, Dom pula menolong isterinya Letty Ortiz untuk memulihkan ingatannya. Sementara itu, abang kepada Owen iaitu Deckard Shaw, telah memecah masuk ke hospital yang telah dikawal oleh polis di mana adiknya yang sedang koma ditahan, bersumpah untuk membalas dendam terhadap Dom, dan menyelinap masuk ke ibu pejabat DSS untuk mengambil maklumat mengenai krew Dom. Selepas menjumpai identiti mereka, Shaw telah bertarung dengan Luke Hobbs, dan akhirnya melarikan diri apabila dia meletupkan bom pejabat sehingga Hobbs cedera parah. Dom kemudiannya mengetahui adiknya, Mia, mengandung dan cuba untuk memberitahu Brian. Tetapi, bom yang dibungkus dalam pakej yang dihantar dari Tokyo, diletupkan dan memusnahkan kediaman rumah Toretto malah pada masa yang sama, Han, sebahagian daripada krew Dom, telah dibunuh oleh Shaw di Tokyo. Kemudian, Dom akhirnya berjumpa Hobbs di hospital, dan mengetahui bahawa Shaw adalah pembunuh upahan yang membalas dendam untuk adiknya. Dom mengembara ke Tokyo untuk mengecam mayat Han, dan berjumpa serta berlumba dengan Sean Boswell, kawan baiknya yang memberikan Dom barang yang dijumpainya dalam kawasan kemalangan.

Selepas pengebumian Han di Los Angeles, Dom memerhatikan kereta yang menghendap mereka, dan selepas kejar-mengejar, berdepan dengan pemandunya iaitu Shaw. Mereka telah bersedia untuk bertarung, tetapi Shaw melarikan diri apabila askar upahan datang dan melepaskan tembakan. Pasukan askar itu diketuai oleh lelaki yang dipanggil "Mr.Nobody", yang akan cuba membantu Dom untuk menghalang Shaw jika Dom menolongnya untuk mengambil God's Eye, sebuah program komputer yang menggunakan peranti digital untuk mengesan seseorang, dan menyelamatkan penciptanya iaitu seorang penggodam yang bernama Ramsey, daripada ditawan oleh pengganas Somalia iaitu Mose Jakande. Dom, Brian, Letty, Tej, Pearce, menghala ke pergunungan Caucasus di Azerbaijan untuk menyerang konvoi Jakande, dan menyelamatkan Ramsey. Krew Dom telah mengembara ke Abu Dhabi, di mana jutawan telah mendapat flash drive yang mengandungi God's Eye, dan akhirnya berjaya mencuri secepat mungkin. Dengan itu, krew Dom telah mengesan Shaw, yang sedang menunggunya di kilang. Dom, Brian, Mr. Nobody dan pasukannya cuba menangkap Shaw, tetapi pada masa yang sama mereka telah diserang hendap oleh Jakande dan orang-orangnya, dan terpaksa berundur sementara Jakande telah mengambil God's Eye. Atas permintaan Dom, Mr. Nobody yang tercedera telah ditinggalkan dan diambil menerusi helikopter sementara Dom dan Brian meneruskan tanpanya. Tiada pilihan lain yang tinggal, krew itu kembali ke Los Angeles untuk berdepan Shaw, Jakande, serta orang-orangnya. Sementara itu, Brian berjanji pada Mia setelah misi mereka selesai, Brian akan mendedikasikan dirinya untuk tumpuan penuh terhadap keluarga.

Sementara Jakande mengejar Brian dan krew yang lain dengan sebuah dron pesawat dan pemusnah, Ramsey cuba menggodam untuk dapatkan semula God's Eye. Hobbs, melihat krew itu dalam kesusahan, telah tinggalkan hospital dan akhirnya memusnahkan dron itu. Ramsey menggodam semula untuk mengambil God's Eye dan akhirnya mematikan program itu. Seterusnya, Dom dan Shaw bertarung satu lawan satu di tempat letak kereta, dan tiba-tiba Jakande muncul dan menyerang mereka berdua. Shaw telah dikalahkan apabila sebahagian tempat letak kereta diruntuhkan di bawahnya. Dom telah lancarkan keretanya ke arah helikopter Jakande, dan membaling satu beg bom tangan kepunyaan Shaw di atas kaki helikopter, sebelum mencederakan dirinya apabila kereta Dom terbabas. Hobbs menembak bom tangan itu dan Jakande akhirnya telah terbunuh. Dom telah ditarik daripada kereta yang terbabas itu dan dipercayai mati. Letty menghala ke arah mayatnya dan mengetahui bahawa ingatan Letty telah pulih, dan dia mengingati perkahwinannya dengan Dom. Dom telah sedarkan dirinya selepas itu, menyatakan, "inilah masanya."

Shaw telah dibawa oleh Hobbs dan dipenjarakan dalam penjara rahsia bawah tanah yang berukuran 32 meter. Sementara di pantai, Brian meluangkan masa bersama Mia dan anaknya malah Dom, Letty, Tej, Roman, dan Ramsey memerhati, memaklumkan bahawa Brian perlu bersara untuk bersama keluarganya. Dom akhirnya pergi, tetapi Brian mengejarnya di simpang jalan. Sementara Dom sentiasa mengingati masanya bersama Brian, mereka ucap selamat tinggal dan memandu dalam arah bertentangan.

Pelakon sunting

  • Vin Diesel sebagai Dominic Toretto
  • Paul Walker sebagai Brian O'Conner
    • Caleb and Cody Walker, adik Paul digunakan untuk menyelesaikan baki babak selepas abang mereka menninggal dunia akibat kemalangan pada November 30, 2013.[9]

Noel Gugliemi menyambung wataknya dari filem pertama sebagai Hector,penganjur perlumbaan jalanan. Luke Evans menyambung wataknya sebagai Owen Shaw.[19] Sung Kang, Bow Wow dan Nathalie Kelley muncul dalam rakaman arkib dari The Fast and the Furious: Tokyo Drift sebagai Han, Twinkie dan Neela. Gal Gadot muncul sebagai Gisele Yashar dalam fotografi dan rakaman arib dari tiga filem sebelumnya. Tego Calderón dan Don Omar muncul sebagai Leo dan Santos dalam rakaman arkib dari Fast Five. Rapper Australia, Iggy Azalea membuat penampilan kameo dalm filem dan menyumbang untuk runut bunyi.[20][21]

Muzik sunting

Lagu yang dipaparkan dalam filem ini termasuk:

Tayangan sunting

Filem ini yang memulakan fotografi utama pada bulan September 2013 pada asalnya dijadual ditayangkan pada musim panas tahun 2014. Ia telah ditangguhkan berikutan kemalangan maut yang meragut nyawa Paul Walker pada November 30, 2013. Produksi bersambung pada April 2014. Pada bulan Oktober 2014, Universal mendedahkan filem ini secara rasminya bertajuk Furious 7 dan bahawa trailer sulung akan dikeluarkan semasa sebuah acara peminat interaktif di media sosial. Pada Februari 1, 2015, sebuah trailer baru telah dikeluarkan semasa Super Bowl XLIX.

Filem ini pada asalnya dijdual ditayangkan pada April 10, 2015 tetapi ia telah dibawa ke hadapan seminggu ke April 3, 2015. Fast and Furious 7 ditayangkan di Festival Filem SXSW Film pad 12:07 a.m. di Paramount Theatre pada Mac 16, 2015.[24]

Cetak rompak sunting

Menurut laman web pengesanan cetak rompak Excipio, filem ini telah dimuat turun secara haram 2.59 juta kali dalam masa empat hari (April 2–6) melalui beberapa laman torrent dengan India menjadi negara teratas memuat turun secara haram filem itu 578,000 muat turun diikuti Pakistan (321,000), China (289,000), A.S. (251,000) dan UK (101,000).[25] Satu tinjauan yang dijalankan mendedahkan bahawa kebanyakan orang India cenderung mengambil jalan keluar dengan cetak rompak kerana kekurangan ketersediaan, kebimbangan harga, kenaikan kos internet dan penapisan.[26]

Media rumah sunting

Furious 7 dikeluarkan pada 7 September 2015 di UK dan dikeluarkan melalui DVD dan Blu-ray pada September 15, 2015 di negara-negara lain. Edisi Blu-ray memaparkan semua edisi lanjutan baru, babak yang dipotong, aksi, di belakang tabir, dan video muzik Wiz Khalifa dan Charlie Puth, "See You Again". Versi Blu-ray dan DVD termasuk rakaman babak belakang tabir babak "Race Wars" termasuk Iggy Azalea dan pembuatan kereta yang digunakan dalam filem.[27] Di A.S. dan Kanada, ia terjual sebanyak 2.5 juta unit Blu-ray dan DVD dalam minggu pertama keluarannya.[28]

Penerimaan sunting

Box office sunting

Setakat Julai 14, 2015, Furious 7 telah mengutip $351 juta di Amerika utara dan $1.16 di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $1.511 bilion bertentangan bajetnya sebanyak $190 juta.[6] Di pasaran dunia, ia merupakan filem kelima dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa,[29] filem kedua dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2015 (dibelakang Jurassic World),[30] filem dengan pendapatan tertinggi dalam francais The Fast and the Furious dan filem kedua dengan pendapatan tertinggi Universal Pictures.[31] Ia merupakan filem terpantas untuk mencapai $1 bilion, berbuat begitu dalam masa 17 hari (memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang The Avengers, Avatar dan Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 kesemuanya 19 hari);[32][33] walau bagaimanapun, rekod itu dipecah dua bulan kemudian oleh Jurassic World yang melakar pencapaian ini dalam masa 13 hari.[34] Ia juga merupakan filem ke-20 untuk mengutip lebih daripada $1 bilion.

Respons kritikal sunting

Furious 7 menerima kebanyakannya ulasan positif. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan rating 81% berdasarkan 210 ulasan dengan purata rating 6.7/10. Metacritic memberi filem ini skor 67 daripada 100 berdasarkan 44 kritkan.[35] Dalam undian CinemaScore yang dijalankan pada hujung minggu pembukaan, penonton pawagam memberikan Furious 7 gred "A" dalam skala A+ ke F.[36]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah / Festival Filem Kategori Penerima Keputusan Ref(s)
2015 Teen Choice Awards Choice Movie: Action/Adventure Furious 7 Menang [37]
Choice Movie Actor: Action/Adventure Vin Diesel Tercalon
Paul Walker Menang
Choice Movie Actress: Action/Adventure Jordana Brewster Tercalon
Michelle Rodriguez Tercalon

Sekuel sunting

Diesel berkata akan terdapat filem kelapan yang diberi tajuk Fast 8,[38] yang akan mengambil tempat di New York.[39] Justin Lin dijadual akan mengarahkan filem ini manakala Chris Morgan akan menulis skrip keenamnya untuk francais ini dan Neal H. Moritz akan kembali untuk menerbitkan filem in. Ketika CinemaCon 2015 di Las Vegas, Diesel mengumumkan bahawa filem ini akan ditayangkan pada April 14, 2017.[40][41]

Rujukan sunting

  1. ^ Scott, A. O. "Furious 7". The New York Times.
  2. ^ "Event Cinemas - Fast and Furious 7". Event Cinemas. Dicapai pada March 18, 2015.
  3. ^ Sakoui, Anousha (1 April 2015). "'Furious' With $1.39 Billion Profit Helps Universal Chase Record". Bloomberg Businessweek. Dicapai pada 10 April 2015.
  4. ^ Hamedy, Saba (5 April 2015). "Box office: 'Furious 7' breaks records with $143.6-million opening". Los Angeles Times. Dicapai pada 10 April 2015.
  5. ^ Lang, Brent (31 March 2015). "'Box Office: 'Furious 7′ Racing Toward Record $116 Million Opening". Variety. Dicapai pada 10 April 2015.
  6. ^ a b "Furious 7 (2015)". Box Office Mojo. July 14, 2015. Dicapai pada July 15, 2015.
  7. ^ "Furious 7 synopsis". Fandango. Dicapai pada 25 May 2015.
  8. ^ "Paul Walker died due to road accident". Daily Mail. London: Hazel Jones. April 1, 2015. Dicapai pada 25 May 2015.
  9. ^ a b "Paul Walker's Surprising Replacement in Fast & Furious 7". Time.com. Nolan Feeney. April 15, 2014. Dicapai pada 25 May 2015.
  10. ^ Johnson, Dwayne (August 10, 2013). "Dwayne Johnson @TheRock". Twitter. Dicapai pada August 26, 2013.
  11. ^ Simon, Rachel (April 4, 2015). "Who Will Star In 'Fast & Furious 8'? The Next Movie Might Be The Start Of Something New". Bustle. Dicapai pada May 4, 2015.
  12. ^ Kit, Borys (August 23, 2013). "Asian Star Tony Jaa Joins 'Fast and Furious 7' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada August 26, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  13. ^ Eisenberg, Eric (September 16, 2013). "Lucas Black Signs On For Fast & Furious 7, 8 And 9". Cinema Blend. Dicapai pada September 17, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  14. ^ Fleming, Mike (September 16, 2013). "Lucas Black Is Back Behind The Wheel For 'Fast & Furious 7' And Beyond". Deadline Hollywood. Dicapai pada September 17, 2013.
  15. ^ Manjusha Radhakrishnan, Senior Reporter. "Ali Fazal on his 'Furious 7' cameo". gulfnews.com.
  16. ^ Riley, Jenelle (March 24, 2015). "James Wan on Continuing 'Furious 7′ After Death of Paul Walker". Variety. Dicapai pada 20 April 2015.
  17. ^ Murphy, Mekado; Soto, Kaly (April 1, 2015). "'Furious 7' (With Movie Trailer): James Wan Discusses Paul Walker and Narrates a Scene". The New York Times. Dicapai pada 20 April 2015.
  18. ^ Vary, Adam B. (April 2, 2015). "The Daunting Task Of Making "Furious 7" Without Paul Walker". Buzzfeed. Dicapai pada April 20, 2015.
  19. ^ Vijayenthiran, Viknesh (October 31, 2014). "'Furious 7' Will See The Return Of Race Wars!". Motor Authority. Dicapai pada March 31, 2015.
  20. ^ Rosen, Christopher (April 1, 2015). "Everything Iggy Azalea Says In 'Furious 7'". Huffington Post. Dicapai pada 2 April 2015.
  21. ^ Romero, Angie (March 31, 2015). "Romeo Santos Shares Which 'Furious 7' Co-Star Eased His Acting Debut Jitters". Billboard. Dicapai pada April 7, 2015.
  22. ^ "New Music: Wiz Khalifa & Iggy Azalea – 'Go Hard or Go Home' [Snippet]". Rap-Up.
  23. ^ "New Music: Kid Ink, Tyga, Wale, YG & Rich Homie Quan – 'Ride Out'". Rap-Up.
  24. ^ Seth Abramovitch (March 15, 2015). "SXSW: 'Furious 7' to Premiere as Secret Midnight Screening". The Hollywood Reporter. Dicapai pada March 16, 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  25. ^ Todd Spangler (April 7, 2015). "'Furious 7' Extremely Popular with Pirates". Variety. Dicapai pada April 10, 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  26. ^ Sumeet Keswani (April 19, 2015). "Fast & Furious 7 downloads: India tops piracy charts". The Times of India. (The Times Group). Dicapai pada April 19, 2015.
  27. ^ ComingSoon (June 23, 2015). "Furious 7 Extended Edition Coming on September 15". ComingSoon.net. Dicapai pada June 23, 2015. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  28. ^ Gregg Kilday (September 24, 2015). "'Furious 7' Grabs More Than $50 Million in Home Entertainment Debut". The Hollywood Reporter. (Prometheus Global Media). Dicapai pada September 24, 2015.
  29. ^ "WORLDWIDE GROSSES". Box Office Mojo. Dicapai pada April 12, 2015.
  30. ^ "2015 WORLDWIDE GROSSES". Box Office Mojo. Dicapai pada April 12, 2015.
  31. ^ "WORLDWIDE GROSSES". Box Office Mojo. Dicapai pada May 3, 2015.
  32. ^ "The Fast and the Furious". Box Office Mojo. Dicapai pada April 12, 2015.
  33. ^ Scott Mendelson (April 12, 2015). "Box Office: 'Furious 7' Tops $800M Worldwide". Forbes. Dicapai pada April 12, 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  34. ^ Child, Ben (June 23, 2015). "Audiences in raptor: Jurassic World hits billion-dollar milestone in record time". The Guardian. Guardian Media Group. Dicapai pada June 23, 2015.
  35. ^ "Furious 7 Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada April 5, 2015.
  36. ^ "Furious 7". CinemaScore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-05. Dicapai pada April 5, 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  37. ^ "2015 Teen Choice Award Winners – Full List". Variety. Penske Media Corporation. August 16, 2015. Dicapai pada August 17, 2015.
  38. ^ O'Connell, Sean (August 17, 2015). "Vin Diesel Just Dropped The Name Of The Next Fast & Furious Movie". Cinema Blend. Dicapai pada August 20, 2015.
  39. ^ "Vin Diesel Teases Fast and Furious 8 Setting In New York". Slashfilm.
  40. ^ Rebecca Ford (April 23, 2015). "'Furious 8' Gets 2017 Release Date". The Hollywood Reporter. (Prometheus Global Media). Dicapai pada April 24, 2015.
  41. ^ Brent Lang (April 23, 2015). "'Furious 8′ to Debut April 14, 2017". Variety. (Penske Media Corporation). Dicapai pada April 24, 2015. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
Dokumen

Pautan luar sunting