Garis Siegfried (Jerman: Siegfriedstellung) asal adalah garis kubu pertahanan Perang Dunia I dan penghalang kereta kebal yang dibina oleh pihak Jerman di utara Perancis semasa tahun 1916–1917 sebagai sebahagian daripada Garis Hindenburg. Istilah bahasa Inggeris "Garis Siegfried" biasanya merujuk kepada "Westwall" (Tembok Barat), istilah Jerman yang sama untuk Perang Dunia II-era barisan pertahanan dibina jauh ke timur semasa tahun 1930an bersebelahan Garis Maginot Perancis.

Peta Garis Siegfried

Garis ini menjangkau lebih daripada 630 km (390 bt) dan mempunyai lebih daripada 18,000 buah bunker, terowong dan perangkap kereta kebal. Rangkaian struktur pertahanan memanjang daripada Kleve di bahagian sempadan dengan negara Belanda, disepanjang sempadan barat Empayar Jerman lama, hingga ke bandar Weil am Rhein di sempadan ke Switzerland. Ia telah dirancang awal tahun 1936 dan dibina antara tahun 1938 dan 1940.

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Kauffmann, J.E. and Jurga, Robert M. Fortress Europe: European Fortifications of World War II, Da Capo Press, 2002. ISBN 0-306-81174-X
  • MacDonald, Charles B. (1963) [1990]. The Siegfried Line Campaign. United States Army in World War II. Washington, D.C: United States Army Center of Military History. CMH Pub 7-7-1. - full text

Pautan luar sunting