Georginio Wijnaldum

Dutch footballer

Georginio Gregion Emile Wijnaldum (lahir 11 November 1990) merupakan seorang pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq dan pasukan kebangsaan Belanda.

Georginio Wijnaldum
Wijnaldum bersama Belanda pada tahun 2016
Maklumat peribadi
Nama penuh Georginio Gregion Emile Wijnaldum[1]
Tarikh lahir (1990-11-11) 11 November 1990 (umur 33)[2]
Tempat lahir Rotterdam, Netherlands
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Ettifaq
Nombor 25
Kerjaya remaja
1997–2004 Sparta Rotterdam
2004–2007 Feyenoord
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2011 Feyenoord 111 (23)
2011–2015 PSV 109 (40)
2015–2016 Newcastle United 38 (11)
2016–2021 Liverpool 179 (16)
2021–2023 Paris Saint-Germain 31 (1)
2022–2023Roma (pinjam) 14 (2)
2023– Al-Ettifaq 2 (2)
Pasukan kebangsaan
2005–2007 Belanda B17 15 (4)
2007–2009 Belanda B19 17 (5)
2009–2013 Belanda B21 24 (10)
2011– Belanda 90 (27)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15:24, 18 Jun 2023 (UTC)

Kehidupan awal sunting

Georginio Wijnaldum dilahir dan dibesarkan Rotterdam, Zuid-Holland. Ketika berusia enam tahun, kedua ibu bapanya bercerai dan ibunya berpindahke Amsterdam. Wijnaldum ingin menetap di Rotterdam bersama dengan neneknya. Ibu bapa beliau berasal dari keturunan Afro-Suriname.

Kerjaya kelab sunting

Feyenoord sunting

Pada 8 April 2007, Wijnaldum membuat debut untuk Feyenoord pada perlawanan liga menentang FC Groningen. Ketika berusia 16 tahun 148 hari, Wijnaldum menjadi pemain termuda bermain untuk skuad senior Feyenoord. Pada 2 Disember 2007, Wijnaldum menjaringkan gol pertamanya untuk Feyenoord menentang Heracles Almelo, menang 6-0.

Pada musim 2008-09, Wijnaldum membuat debut di pentas Eropah. Pada 18 September 2008, Wijnaldum bermain pada perlawanan Piala UEFA menentang Kalmar FF, tewas 0–1. Pada 2 Oktober 2008, Wijnaldum menjaringkan gol pertamanya di Eropah ketika Feyenoord menentang Kalmar FF pada peringkat kumpulan, menang 2-1. Pada 6 Mac 2009, Wijnaldum menandatangani kontrak baru di Feyenoord sehingga musim panas 2012. Pada 27 Februari 2011, Wijnaldum menjaringkna empat gol ketika Feyenoord menang 5-1 ke atas FC Groningen.

PSV Eindhoven sunting

Pada 29 Jun 2011, Wijnaldum dilaprkan telah berpindah ke PSV Eindhoven dari Feyenoord bersama bayaran 5 ribu euro. Pada perlawanan pembukaan musim 2011-12, beliau membuat debut untuk PSV ketika tewas 3-1 kepada AZ Alkmaar. Pada 21 Ogos 2011, beliau menjaringka gol pertamanya untuk PSV ketika menentang ADO Den Haag, 3-0. Selepas persaraan Mark van Bommel dan Kevin Strootman sebagai jurulatih baru pada musim panas 2013, Wijnaldum dinamakan sebagai kapten pasukan PSV pada musim 2013-14.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 30 Mei 2011, Wijnaldum termasuk dalam skuad Belanda pada perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Uruguay. Beliau membuat debut etika menentang San Marino pada 2 September 2011 dan beliau juga menjaringkan gol terakhir, Belanda menang 11-0.

Wijnaldum termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2014 dan beliau menjaringkan gol akhir perlawanan ketika perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Brazil, 3-0.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
2 September 2011 Eindhoven, Belanda   San Marino
11–0
11–0
Persahabatan
2
12 Julai 2014 Brasília, Brazil   Brazil
3–0
3-0
Piala Dunia FIFA 2014

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 17 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Hantaran Kmncln Gol Hantaran Kmncln Gol Hantaran Kmncln Gol Hantaran
  Feyenoord 2006–07 3 0 0 - - - - - - 3 0 0
2007–08 10 1 0 2 0 0 - - - 12 1 0
2008–09 33 4 5 4 0 3 7 1 0 44 5 8
2009–10 31 4 2 7 1 0 - - - 38 5 2
2010–11 34 14 1 1 0 0 2 0 0 37 14 1
Jumlah 111 23 8 14 1 3 9 1 0 134 25 11
  PSV 2011–12 32 8 7 6 2 1 12 4 1 50 14 9
2012–13 33 14 5 7 2 3 5 4 0 45 20 8
2013–14 11 4 0 0 0 0 4 0 1 15 8 1
2014–15 15 6 2 2 2 1 6 2 1 23 10 4
Jumlah 91 32 14 15 6 5 27 10 3 133 52 22
Jumlah kerjaya 202 55 22 29 7 8 36 11 3 267 77 33

1 Termasuk perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

2 Termasuk perlawanan play-off Eredivisie.

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Feyenoord
PSV Eindhoven

Antarabangsa sunting

Belanda

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players". FIFA. 11 June 2014. m/s. 26. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-06-11. Dicapai pada 11 June 2014.
  2. ^ "FIFA Club World Cup Qatar 2019: List of Players: Liverpool" (PDF). FIFA. 21 December 2019. m/s. 7. Dicapai pada 17 January 2020.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PremProfile tidak disediakan
  4. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: Brazil-Netherlands". FIFA. 12 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-16. Dicapai pada 21 August 2014.