Gerak Khas (siri filem)

Gerak Khas merupakan siri filem yang berdasarkan drama kepolisan, Gerak Khas. Siri filem utama yang diterbitkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem Gerak Khas The Movie (2001),[1] Gerak Khas The Movie II (2002),[2] GK3 The Movie (2005).[3] Kesemua filem di dalam siri utama ini diterbitkan oleh Skop, diarahkan dan ditulis oleh Datuk Yusof Haslam telah membintangi dalam kesemua filem siri utama.

Gerak Khas
Logo Gerak Khas
PengarahDatuk Yusof Haslam
PenulisDatuk Yusof Haslam
BerdasarkanGerak Khas
Dihasilkan olehDatuk Yusof Haslam
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 5.45 juta
Pecah panggungRM 10.36 juta

Filem sunting

Gerak Khas The Movie (2001) sunting

Unit Gerak Khas ditugaskan untuk menumpaskan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ekstasi. Sindiket tersebut didalangi oleh dua kumpulan haram yang bermusuh (Castello dan Rafael). Kedua-dua kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan cetak rompak, senjata api serta menguasai pasaran VCD haram dan VCD lucah hampir di seluruh negara. Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kedua-dua kumpulan haram tersebut.

Gerak Khas The Movie II (2002) sunting

Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Sindiket ini mempunyai berpuluh-puluh pengedar di seluruh negara dan dikaitkan dengan satu sindiket dadah antarabangsa. Dalam masa yang sama TVKL iaitu sebuah stesen TV mencuba untuk membongkarkan aktiviti dadah di Kuala Lumpur. Unit Gerak Khas terpaksa mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan bagi menghapuskan sindiket ini. Disamping itu terdapat beberapa masalah yang melanda Unit Gerak Khas sendiri.

GK3 The Movie (2005) sunting

Unit Gerak Khas cuba menyelesaikan kes pembunuhan Suzana di sebuah pangsapuri mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Ramon (Faizal Hussein). Ramon merupakan adik kepada Frankie (watak Faizal Hussein dalam Gerak Khas The Movie II), penjenayah yang ditumpaskan oleh Unit Gerak Khas dalam satu operasi menentang kumpulan militan dan sindiket pengedaran dadah 2 tahun yang lalu.

Sambutan sunting

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet
Gerak Khas The Movie 1 Mac 2001 RM 4.40 juta RM 1.35 juta
Gerak Khas The Movie II 23 Mei 2002 RM 3.07 juta RM 1.50 juta
GK3 The Movie 9 Februari 2005 RM 1.35 juta RM 1.40 juta

Anugerah sunting

Festival Filem Malaysia sunting

Anugerah Gerak Khas The Movie Gerak Khas The Movie 2 GK3 The Movie
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pencalonan Pencalonan
Pelakon Lelaki Komedi Terbaik Menang (Mazlan Pet Pet)
Penyunting Terbaik Pencalonan Menang (Salehan Samsuddin)
Penataan Bunyi Terbaik Menang (Peter Lim)
Penerbit Lelaki Terbitan Menang Datuk Yusof Haslam

Rujukan sunting

  1. ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 February 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2018. Dicapai pada 22 December 2011.
  2. ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 May 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.
  3. ^ Muzlina Abu Bakar (28 March 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.