German Marshall Fund
German Marshall Fund of the United States (GMF) ialah kumpulan pemikir dasar awam bukan partisan dan badan pemberi hibah Amerika Syarikat yang bertujuan mendorong kerja sama dan persefahaman antara Amerika Utara dan Eropah.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | GMF |
Cogan kata | Strengthening Transatlantic Cooperation |
Jenis/bentuk sah | Kumpulan pemikir |
Tapak web | gmfus |
Sejarah | |
Dibentuk | 1972 |
Pengasas | Jerman Barat |
Pengurusan | |
Presiden | Karen Donfried |
Pengarah/pengurus | Karen Donfried |
Subsidiari | Paris |
Perangkaan | |
Hasil/pendapatan | 19,466,489 Dolar Amerika Syarikat (2017), 25,501,360 Dolar Amerika Syarikat (2020), 23,977,507 Dolar Amerika Syarikat (2019), 24,328,045 Dolar Amerika Syarikat (2018) |
Lokasi | |
Ibu pejabat | 1744 R Street NW |
Lokasi |
|
Koordinat | 38°54′44.7″N 77°2′25.5″W |
sunting · sunting di Wikidata |
Badan ini ditubuhkan pada 1972 melalui hibah pemerintah Jerman Barat dalam rangka ulang tahun ke-25 Rencana Marshall. GMF melakukan penyelidikan dan analisis terhadap isu-isu transatlantik dan global; mengadakan persidangan pengambil dasar dan pemimpin perniagaan antarabangsa; membuka peluang pertukaran calon pemimpin Amerika Syarikat dan Eropah; dan menyokong inisiatif yang bertujuan memperkuatkan demokrasi.[1] GMF berfokus dalam dasar, kepimpinan, dan masyarakat aaam.[2]
GMF berpangkalan di Washington, D.C., dan memiliki cawangan di beberapa bandar di Eropah.[1]
Kepemimpinan sunting
Presiden GMF ialah Karen Donfried; beliau menyertainya pada April 2014. Donfried sebelumnya memegang jawatan sebagai pembantu khas Presiden Barack Obama. Pemegang jawatan presiden GMF sebelumnya ialah Benjamin H. Read (1973–1977), Robert Gerald Livingston (1977–1981), Frank E. Loy (1981–1995), dan Craig Kennedy (1996–2014)[3]
Rujukan sunting
- ^ a b "About Us". German Marshall Fund. Dicapai pada 18 July 2013.
- ^ "About Us".
- ^ .Members of GMF's Board of Trustees.
Pautan luar sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan German Marshall Fund |