Gimnasium Universiti Pertanian China

Gimnasium Universiti Pertanian China merupakan arena tertutup yang terletak di kampus Universiti Pertanian China, Beijing. Ia akan menganjurkan sukan gusti bagi Sukan Olimpik 2008. Gimnasium ini mempunyai bumbung yang berperingkat, seperti rekaan tangga.

Gimnasium ini mempunyai keluasan 23,950 meter persegi bagi lantai dan kapasiti 8,200 yang mana akan dikurangkan kepada 6000. Ia juga akan dijadikan sebagai kompleks sukan kepada pelajar Universiti Pertanian China selepas temasya Olimpik.

Pembinaan bermula pada ½ tahun pertama 2005 dan disiapkan pada Julai 2007.

Lihat juga sunting