Gimnasium Universiti Teknologi Beijing

Gimnasium Universiti Teknologi Beijing merupakan arena tertutup yang terletak di kampus Universiti Teknologi Beijing di Wilayah Chaoyang, Beijing, China.

Gimnasium ini masih dalam pembinaan untuk Sukan Olimpik 2008, di mana ia akan menganjurkan sukan badminton dan gimnastik berirama.

Gimnasium ini memiliki muatan 7,500 penonton dan lantai berkeluasan 24,000 meter persegi.

Selepas Sukan Olimpik, ia akan menyediakan kemudahan latihan kepada pasukan badminton China dan juga menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi kepada pelajar dan komuniti setempat.

Gimnasium ini dijadualkan akan siap dibina pada Ogos 2007.

Lihat juga sunting