Goh Sze Fei

pemain badminton Malaysia

Goh Sze Fei (Bahasa Cina: 吳世飛; lahir 18 Ogos 1997) ialah pemain badminton Malaysia.[1] Beliau memenangi kejohanan Antarabangsa Singapura 2016 di acara beregu lelaki yang berpasangan dengan Nur Izzuddin Mohd Rumsani. Pencapaian terbaik mereka ialah menjadi juara di Terbuka Jerman 2022.[2]

Goh Sze Fei
Maklumat peribadi
Negara Malaysia
Lahir (1997-08-18) 18 Ogos 1997 (umur 26)
Melaka, Malaysia
Tinggi1.70 m (5 ka 7 in)
Cakat tanganKanan
JurulatihRexy Mainaky
Beregu lelaki
Ranking tertinggi14 (3 Mei 2022)
Ranking semasa14 (3 Mei 2022)
Profil BWF

Latar Belakang sunting

Goh menamatkan sekolah rendahnya di SJK(C) Chung Hua Tampin, Negeri Sembilan. Semasa zaman persekolahan menengahnya, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar di Tampin, beliau berjaya direkrut menyertai Badminton Association of Malaysia untuk dilatih sebagai pemain Pasukan Kebangsaan Malaysia.

Goh berasal dari keluarga Cina Malaysia yang kini menetap di Tampin, Negeri Sembilan. Dalam keluarganya ada 4 orang adik beradik dan beliau merupakan anak bongsu dalam kalangan adik beradik.[3] Semua adik-beradiknya sangat berminat dalam sukan badminton dan abang sulung Goh (Goh Sze Boon) dan abang kedua (Goh Sze Ann) juga pernah menjadi Pemain Kebangsaan Malaysia. Jurulatih badminton pertama Goh ialah Goh Sai Chong yang membimbing dan melatih Sze Fei sejak beliau masih muda.[4] Pasangan beregu badminton kehidupan awal Goh ketika muda dahulu termasuk Teoh Yi Xuan, Tan Kai Ge dan Ng Kee Riang.

Pencapaian sunting

Jelajah Dunia BWF (1 gelaran) sunting

Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[5] adalah satu siri kejohanan elit badminton yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada tahap Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[6]

Beregu lelaki

Tahun Kejohanan Tahap Pasangan Lawan Skor Keputusan
2022 Terbuka Jerman Super 300   Nur Izzuddin   Liu Yuchen
  Ou Xuanyi
23–21, 16-21, 21-14   Juara

Grand Prix BWF (1 naib juara) sunting

Grand Prix BWF mempunyai dua peringkat, Grand Prix dan Grand Prix Gold BWF. Ia merupakan siri kejohanan badminton yang disetujui oleh BWF sejak 2007.

Beregu lelaki

Tahun Kejohanan Pasangan Lawwn Skor Keputusan
2017 Master Malaysia   Nur Izzuddin   Berry Angriawan
  Hardianto
19–21, 12–21   Naib juara
     Kejohanan Grand Prix Emas BWF
     Kejohanan Grand Prix BWF

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF (3 gelaran, 3 naib juara) sunting

Beregu lelaki

Tahun Kejohanan Pasangan Lawan Skor Keputusan
2018 Antarabangsa Terbuka Tata India   Nur Izzuddin   Arjun M.R.
  B. Sumeeth Reddy
10–21, 16–21   Naib juara
2017 Antarabangsa Malaysia   Nur Izzuddin   Shia Chun Kang
  Tan Wee Gieen
21–19, 21–12   Juara
2016 Siri Antarabangsa India   Nur Izzuddin   Satwiksairaj Rankireddy
  Chirag Shetty
11–8, 5–11, 11–7, 8–11, 5–11   Naib juara
2016 Antarabangsa Switzerland   Nur Izzuddin   Aaron Chia
  Wong Wai Jun
21–18, 21–12   Juara
2016 Siri Antarabangsa Vietnam   Nur Izzuddin   Đỗ Tuấn Đức
  Phạm Hồng Nam
21–17, 19–21, 20–22   Naib juara
2016 Singapore International   Nur Izzuddin   Danny Bawa Chrisnanta
  Hendra Wijaya
21–13, 21–14   Juarw
     Kejohanan Cabaran Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Antarabangsa
     Kejohanan Siri Masa Depan BWF

Rujukan sunting

  1. ^ "Players: Goh Sze Fei" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Badminton Dunia. Dicapai pada 3 Oktober 2016.
  2. ^ Bernama (14 Mac 2022). "Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Jerman". Kuala Lumpur: Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2022.
  3. ^ "李宗伟小师弟哈尔滨传教羽球 哥俩曾是大马国手". sina 新浪竞技风暴. 2 Jun 2013. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  4. ^ "马来西亚前国手:在哈尔滨执教的明星教练". 30 September 2015. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  5. ^ Alleyne, Gayle (19 Mac 2017). "BWF Launches New Events Structure". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 29 November 2017.
  6. ^ Sukumar, Dev (10 Januari 2018). "Action-Packed Season Ahead!". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2018. Dicapai pada 15 Januari 2018.