Graptemys flavimaculata

Graptemys flavimaculata juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Tompok Kuning ialah spesies of kura-kura dari keluarga Emydidae. Haiwan ini berasal dari selatan Amerika Syarikat.

Graptemys flavimaculata
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Emydidae
Genus: Graptemys
Spesies:
G. flavimaculata
Nama binomial
Graptemys flavimaculata
Cagle, 1954
Sinonim

Status pemuliharaan sunting

Spesies ini disenaraikan sebagai terancam di bawah akta, "US Endangered Species Act" disebabkan populasinya yang semakin menurun. Hal ini disebabkan kadar pembiakannya yang semakin berkurangan berbanding kebanyakan kura-kura peta lain. Antara puncanya ialah kemusnahan sarang telurnya akibat pemangsa seperti gagak dan fenomena alam seperti kebanjiran. Malah aktiviti manusia di tepi-tepi pantai dan sungai berhampiran habitat mereka juga boleh menjejaskan kadar pembiakan haiwan ini.[4]

Selain itu, pencemaran dan aktiviti pertanian juga mempengaruhi kelangsungan hidup haiwan ini. Malah "Turtle plinking", iaitu aktiviti menembak kura-kura, membunuh haiwan ini setiap tahun.[5]

Taburan habitat sunting

 
Peta taburan habitat

Habitat mereka terhad di kawasan Sungai Pascagoula Mississippi dan kebanyakan wilayah sekitarnya (berhampiran Kura-kura Peta Pascagoula).

Taburan rayau sunting

Kura-kura jantan boleh merayau sehingga 1.12 ha (2.77 ekar) iaitu sekitar 1.8km (1.1 batu). Kura-kura betina pula boleh merayau sekitar 5.75 ha (14.20 ekar) dari habitat mereka bagi proses membina sarang, dengan jarak sekitar 1.5km (0.93 batu).[6]

Ciri-ciri sunting

Kura-kura ini bersaiz sederhana kecil, dimana kura-kura jantan bersaiz sekitar 3.5 ke 4.5 in (9-11.5 cm) panjang apabila dewasa. Manakala kura-kura betina lebih besar, iaitu antara 5 ke 7.5 in (13–19 cm) panjang. Mereka memiliki lunas paling tinggi antara semua kura-kura peta yang lain.

Diet sunting

Haiwan ini menjadikan serangga, krustasean, ikan, serta beberapa jenis tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.

Rujukan sunting

  1. ^ van Dijk, P.P. (2011). "Graptemys flavimaculata". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2011: e.T9498A97418378. doi:10.2305/IUCN.UK.2013.RLTS.T9498A12996484.en. Dicapai pada 24 Disember 2017.
  2. ^ Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 187. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 Disember 2010. Dicapai pada 29 Mei 2012.
  3. ^ Conant, R. 1975. A Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America, Second Edition. Houghton Mifflin. Boston. xviii + 429 pp. + 48 plates. ISBN 0-395-19977-8 (paperback). (Graptemys flavimaculata, p. 59 + Plate 8 + Map17.)
  4. ^ Horne, B.D. et al. 2003. Reproductive and Nesting Ecology of the Yellow-blotched Map Turtle, Graptemys flavimaculata: Implications for Conservation and Management. Copeia 2003 (4): 729-738.
  5. ^ Graptemys flavimaculata at The World's Top 25 Most Endangered Turtles 2003.[pautan mati kekal]
  6. ^ Jones, R.L. 1996. Home range and seasonal movements of the turtle Graptemys flavimaculata. Journal of Herpetology 30 (3): 376-385.

Pautan luar sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Cagle, F.R. 1954. Two New Species of the Genus Graptemys. Tulane Studies in Zoology 1 (11): 165-186.
  • Smith, H.M., and E.D. Brodie Jr. 1982. Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. Golden Press. New York. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3 (paperback). (Grapemys flavimaculata, pp. 52–53.)