Gudrun Maersk ialah kapal kontena keempat terbesar di dunia. Kapal ini dibina pada tahun 2005 dan dioperasikan oleh Maersk Line.

Sejarah
Flag of DenmarkDenmark
Nama: Gudrun Maersk
Pengguna: A.P. Moller-Maersk Group
Pembina: Odense Steel, Denmark
Dilancarkan: 2005
Status: Dalam perkhidmatan
Nota:
  • Tanda pengenalan: OYAU2
  • Nombor IMO: 9302877
  • MMSI: 220379000
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal kontena
Berat (tan):
Panjang: 367 m (1,204 ka)
Lunas: 43 m (141 ka)
Draft: 14.5 m (48 ka)
Jana kuasa:
  • Enjin MAN B&W 10K90MC
  • 61,285 kuasa kuda pada 94 rpm
Halaju:
  • 24 knot (44 km/j) (maksimum)
  • 23.2 knot (43 km/j) (pelayaran biasa)
Kapasiti: 8,500 TEU (Pengiraan syarikat)

Kapal kontena Gudrun Mærsk telah dibina di limbungan Odense Steel shipyard, Denmark dan dilancarkan pada tahun 2005. Pada masa itu, ia merupakan kapal kontena terbesar di dunia, sebelum dikalahkan oleh Emma Mærsk pada tahun 2006.[1] Panjang keseluruhannya ialah 367 m (1,200 kaki) dan lebarnya ialah 43 m (140 kaki). Ia mampu mengangkut sehingga 8,500 TEU dengan berat mati sehingga 115,700 tan metrik, dan tanan kasar sebanyak 97,933. Kuasa maksimum enjin utama Gudrun Mærsk ialah 61,285 kuasa kuda pada 94 putaran per minit.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ship and Yacht Information". shipsinfo.info. 2008. Dicapai pada 2008-08-08. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

External links sunting