Gunung Gula Jantung

Gunung Gula Jantung (Portugis: Morro do Pão de Açúcar) adalah sebuah puncak pada semenanjung yang mengadap Lautan Atlantik di mulut Teluk Guanabara berdekatan pantai Rio de Janeiro, Brazil. Ketinggiannya adalah 396 meter (1.299 kaki) di atas pelabuhan. Namanya diberikan dari rupanya mirip timbunan gula jantung (pão de açúcar) yang sering didapati pada zaman penjajahan Portugis menakluk tanah Brazil sebagai tempat menanam tebu dan mengskport bahan hasil tuaiannya; ada juga yang berpendapat ia dari ungkapan bahasa Tupí pau-nh-açúquã yang bererti "puncak terasing".[1]

Pemandangan Gunung Gula Jantung tahun 2010
Setimbun gula jantung yang mana gunung ini diperhatikan mirip

Tempat ini memainkan peranan penting dalam penubuhan Rio de Janeiro kerana kedudukannya yang strategik sebagai mercu tanda yang boleh menarik perhatian kapal yang hendak berlabuh serta mampu memberi perlindungan daripada serangan luar.[2] Gunung ini terangkum dalam kawasan Tugu Kebangsaan Puncak Gula Jantung dan Urca yang ditubuhkan sebagai suatu taman negara pada 2006, ia menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2012.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Passeio na história do Pão de Açúcar" (Jun 11, 2008). O Globo (dalam bahasa Portugis)
  2. ^ Detzel, Valmir Augusto; Argenta, Silvia; Gonsalves, Luan Harder (November 2013). Resumo Executivo do Plano de Manejo do Monumento Natural dos Morros do Pão de Açúcar e da Urca (PDF) (dalam bahasa Portugis). Secretaria Municipal de Meio Ambiente, RJ. Dicapai pada 15 Januari 2017.
  3. ^ Monumento Natural dos Morros do Pão de Açúcar e da Urca (dalam bahasa Portugis), SMAC: Secretaria Municipal de Meio Ambiente, dicapai pada 2017-01-15

Pautan luar sunting