Gunung Tannabalu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Pulau Timbun Mata, daerah Semporna, Sabah. Ketinggian gunung ini 620 meter.

Gunung Tannabalu
Titik tertinggi
Ketinggian596 m (1,955 ka)
Geografi
LokasiSabah, Malaysia

Gunung Tannabalu terletak di pulau Timbun Mata, sebuah pulau terbesar di bahagian selatan berdekatan dengan Teluk Darvel (juga dikenali sebagai Teluk Lahad Datu), di Semporna, Sabah, Malaysia. Pulau Timbun Mata sepanjang melebihi 26 kilometer dan keluasaanya boleh menjangkau kira-kira 10 kilometer. Pulau Timbun Mata ini mempunyai struktur bentuk muka bumi bergunung-ganang dan dianggarkan telah berusia lebih dari 2000 tahun. Terdapat hutan kayu hujan tropika yang tebal.

Gunung Tannabalu, merupakan puncak tertinggi di pulau Timbun Mata ini dengan ketinggiannya 620 m. Bentuk puncak tertinggi gunung Tannabalu berbentuk konikal (berkon), dan merupakan bekas gunung berapi. Puncak kedua tertinggi adalah Gunung Sedungal, ianya terletak dibahagian timur paling hujung pulau, dengan ketinggian mencecah 489 m. Bahagian selatan pulau pula hanya berpisah dengan tanah besar Borneo iaitu melalui terusan laut yang dikenali sebagai Trusan Sigalong. Ianya terletak di koordinat 4°39' N 118°25' E dengan kawasan seluas 114.97 km².[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting