Gustav Krupp von Bohlen und Halbach

Gustav Krupp von Bohlen und Halbach (7 Ogos 1870 – 16 Januari 1950) mengurus konglomerat industri berat Friedrich Krupp AG Jerman dari tahun 1909 sehingga 1941. Beliau dan anaknya Alfried telah memimpin syarikat itu menerusi dua perang dunia, menghasilkan hampir semua mesin peperangan Jerman dari U-Boot, kapal tempur, howitzer, keretapi, meriam rel, mesingan, kereta, kereta kebal, dan banyak lagi. Krupp menghasilkan kereta kebal Tiger I, Schwerer Gustav, Big Bertha, Meriam Paris, diantara ciptaan lain dibawah Gustav. Selepas perang, rancangan untuk mendakwa Gustav Krupp sebagai penjenayah perang di Perbicaraan Nuremberg 1945 telah digugurkan kerana pada masa itu beliau terlantar sakit di katil dan nyanyuk.

Gustav Krupp
von Bohlen und Halbach
Gustav Krupp pada 1915
Kelahiran7 Ogos 1870
Meninggal dunia16 Januari 1950(1950-01-16) (umur 79)
Pusat pendidikanUniversiti Heidelberg
PekerjaanMengurus konglomerat industri berat Jerman, Friedrich Krupp AG 1909-1943
PasanganBertha Krupp
Anak-anakAlfried Krupp

Rujukan sunting

Pautan luar sunting