HTMS Pattani[nb 1] adalah salah sebuah daripada dua buah kapal peronda luar pantai kelas-Pattani yang kini telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Thailand.

HTMS Narathiwat (512) semasa Latihan Milan 2018
Sejarah
Thailand
Nama: HTMS Pattani
Bersempena dengan: Wilayah Pattani
Pengguna: Tentera Laut Diraja Thailand
Pembina: China State Shipbuilding Corporation, Shanghai
Ditauliah: 2005
Pengenalan: Nombor IMO: 9291808
Status: Aktif
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal peronda luar pantai kelas-Pattani
Sesaran: 1,440 long ton (1,460 t) muatan penuh
Panjang: 95.5 m (313 ka 4 in)
Lunas: 11.6 m (38 ka 1 in)
Draft: 3.0 m (9 ka 10 in)
Jana kuasa: 2 × enjin diesel Ruston16RK270, yang memacu dua aci dengan bebaling pitch boleh kawal
Halaju: 25 knot (46 km/j; 29 mph)
Jarak: 3,500 nmi (6,500 km; 4,000 bt) pada 15 kn (28 km/j; 17 mph)
Anak kapal: 84
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • 1 × radar pengawasan mod-multi Selex RAN-30X/I dengan IFF
  • 1 × pengarah optronik dan radar kawalan tembakan Rheinmetall TMX/EO
  • 3 × radar navigasi Raytheon Anschutz NSC-25 SeaScout
  • Sistem tempur: sistem pengurusan tempur Atlas Elektronik COSYS
  • Sistem navigasi : Raytheon Anschutz IBS/INS siri-NSC
  • Sistem komunikasi: Rohde & Schwarz Integrated Communication system
Persenjataan:

Di bawah satu penjanjian pada bulan Mei 2002, the China State Shipbuilding Corporation akan membina Pattani dan HTMS Naratiwat di Hudong-Zhonghua Shipyard di Shanghai.[1] Pattani telah dilancarkan pada tahun 2004 dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Thailand pada 16 Disember 2005.[1]

Pada 10 September 2010, Pattani dan kapal sokongan HTMS Similan telah berlepas daripada Pangkalan Tentera Laut Sattahip bersama dengan "351 kelasi dan 20 trup peperangan khas" untuk menyertai usaha-usaha menghapuskan pelanunan di Teluk Aden.[2] "Misi ini menandakan buat pertama kalinya Thailand telah menghantar tentera ke luar negara untuk melindungi kepentingannya."[2] Sebagai sebahagian daripada Pasukan Tugas Gabungan 151 pelbagai negara 151, Pattani dan terutamanya Similan "mengganggu aktiviti pelanunan" dalam dua kejadian berasingan pada 23 Oktober 2010.[3] Pada 20 Januari 2011, kedua-dua kapal telah kembali ke Thailand selepas menyelesaikan misi selama 137 hari.[4]

Pada 9 Mac 2014, Pattani telah diaturgerak bersama dengan AgustaWestland Super Lynx 300 dalam operasi mencari dan menyelamat Malaysia Airlines Flight 370.

Nota sunting

  1. ^ His Thai Majesty's Ship; see Ship prefix.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Prasun K. Sengupta (18 January 2006). "Thailand Acquires Chinese OPVs & APCs". indiadefence.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2011. Dicapai pada 7 December 2011.
  2. ^ a b "Hunt begins for Somali pirates". Bangkok Post. 11 September 2010.
  3. ^ "Royal Thai Navy Disrupts Piracy". Combined Maritime Forces site. 29 October 2010. Dicapai pada 6 December 2011.
  4. ^ "Back From Pirate Hunting". Bangkok Post. 20 January 2011.

Pautan luar sunting