Hadiah Daripada Hati

album ke-13 oleh Siti Nurhaliza

Hadiah Daripada Hati[2] ialah album studio ke-13 Datuk Siti Nurhaliza yang memuatkan 11 buah lagu ciptaan dari komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 10 Disember 2007[3] dan merupakan album studio Siti yang kedua diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 15,000 unit.

Hadiah Daripada Hati
Album studio oleh
Dilancarkan pada10 Disember 2007[1]
Dirakamkan padaJanuari-November 2007
GenrePop, Balada, R&B
Panjang47:52
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Suria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Transkripsi
(2006)
Hadiah Daripada Hati
(2007)
Lentera Timur
(2008)
Single daripada Hadiah Daripada Hati
  1. "Ku Mahu"
    Dikeluarkan: 3 September 2007
  2. "Melawan Kesepian"
    Dikeluarkan: 22 November 2007
  3. "Cintamu"
    Dikeluarkan: 16 Mac 2008
  4. "Wanita"
    Dikeluarkan: 17 Julai 2008
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Antara yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, Pongky, Cynthia, Taufik, Fahmi dan Dick Lee. Single pertama adalah Ku Mahu, dan single kedua adalah Melawan Kesepian ciptaan Pongky.[4]

Latar belakang sunting

"Sesuatu yang gembira mahu Siti khabarkan kepada anda semua adalah mengenai album baru Siti yang sudahpun ada judulnya iaitu "Hadiah Daripada Hati". Album ini sudah 80 peratus siap pembikinannya dan akan dipasarkan awal Disember ini. Doakan segalanya berjalan dengan baik dan album ini dapat menambat hati anda. Siti telah berusaha memberikan yang semampunya daripada Siti dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya nanti. Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara. Ada pelbagai rentak lagu, ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Semoga anda bersedia menerima kehadiran "Hadiah Daripada Hati" dengan hati yang lapang".

—Siti Nurhaliza, www.sitizone.com.

Siti dilaporkan berkata beliau telah mengumpul bahan-bahan baru untuk album barunya, yang sebelum ini didakwa berkonsepkan tradisional, namun dek kerana kekurangan bahan beliau teruskan sahaja dengan menghasilkan lagi album yang berkonsepkan pop. Juga terlapor bahawa Siti sudah memulakan rakaman semenjak bulan Ramadhan.

Siti telah mengesahkan "Ku Mahu" sebagai single pertama. Sebelum pelancaran single pertama, "Hati" telah dikeluarkan pada September 2007 sebagai runut bunyi filem 1957: Hati Malaya. "Mulanya Cinta", runut yang ketiga dari album, muncul dalam pementasan teater P. Ramlee the Musical yang merupakan satu penghormatan kepada pelakon legenda Tan Sri P. Ramlee. "Melawan Kesepian" dipilih sebagai single kedua. Dan dalam beberapa minggu sebelum Anugerah Industri Muzik ke-15, Siti memilih untuk melancarkan single ketiga, "Cintamu". Lagu ini memenangi Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu, mengalahkan dua lagu-lagu beliau yang lain "Hati" dan "Sekian Lama". Single keempat yang dipercayai menjadi single terakhir dari album ini ialah "Wanita".

Keluaran dan sambutan sunting

Hadiah Daripada Hati dikeluarkan pada 10 Disember 2007, dengan lagu Ku Mahu dipilih sebagai single pertama dan Melawan Kesepian sebagai single kedua dan satu-satunya lagu dalam album ini mempunyai muzik video.[5]

Album ini menerima ulasan positif daripada media apabila ia dikeluarkan. Para pengkritik berkata ia merupakan persembahan bersahaja daripadanya dan bukannya par yang sama seperti album terdahulunya, Transkripsi yang diuar-uarkan sebagai album terbaik yang beliau pernah terbitkan.[6][7]

Persembahan komersial sunting

Hadiah Daripada Hati menerima lima pencalonan pada edisi ke-15 Anugerah Industri Muzik termasuk Album Pop Terbaik, Lagu Tahun Ini, Susunan Muzik Terbaik di dalam Album (Wanita), Gubahan Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) (buat kali kesembilan) dan Kulit Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2008 menjadikan Siti sebagai pencalon kedua dalam semua pencalonan selepas pendatang baru Faizal Tahir.[8][9][10] Daripada lima kategori, termasuk tiga pencalonan untuk kategori Gubahan Terbaik, album ini memperolehi beliau tiga anugerah untuk Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Melayu) menerusi lagu Cintamu dan juga anugerah Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) yang mana beliau tewas di tangan Jaclyn Victor pada tahun sebelumnya.

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Ku Mahu"Rina KhanAudi Mok3:13
2."Melawan Kesepian"Pongky BarataPongky Barata4:34
3."Mulanya Cinta"Adlin Aman RamlieDick Lee4:51
4."Tanpa Kalian"Taufik, Dato Siti NurhalizaTaufik4:31
5."Biarkan"AzaleaAzlan Abu Hassan3:50
6."Kerana Dirimu"Cynthia LamusuCynthia Lamusu5:28
7."Hati"Shuhaimi BabaSharon Paul4:19
8."Wanita"Shanty Ramadani, Dato Siti NurhalizaMuhamad Fahmi4:25
9."Cintamu"Ahmad Fedtri YahyaSharon Paul4:47
10."Sutramaya"Tinta S.Aubrey Suwito4:01
11."Sekian Lama"AzaleaAzlan Abu Hassan3:53


Maklumat tambahan sunting

  • Album kedua Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions
  • Album pertama Siti Nurhaliza yang tertera nama 'Dato’ Siti Nurhaliza'

Kedudukan carta sunting

Single sunting

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2007

Hati

8 - 10 -

Ku Mahu

1 1 1 -

Melawan Kesepian

2 1 4 -
2008

Cintamu

4 12 1 -

Wanita

3 1 12 -

Anugerah sunting

Anugerah Industri Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2008 Hadiah Daripada Hati Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Menang
Kulit Album Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Menang
"Cintamu" Gubahan Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) Menang
"Hati" Gubahan Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) Tercalon

Anugerah Planet Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan Negara hos
2008 Hadiah Daripada Hati Artis Wanita Terbaik Tercalon   Singapura

Anugerah MACP 2008 sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2008[11] "Hati" Lagu Terbaik Tercalon

Anugerah Oskar sunting

Tahun Penerima Anugerah Keputusan
2008[12] "Hati" Filem Melodi 2008 Pilihan Juri Menang

Pensijilan sunting

Negara Jualan/penghantaran
Malaysia 35,000[13]

Kredit penerbitan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hadiah Daripada Hati Diarkibkan 2007-12-13 di Wayback Machine SitiZone.com - Siti Nurhaliza Official Website.
  2. ^ Hadiah Daripada Hati (liner notes). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Suria Records. 2007. SNPCD 07-10206.CS1 maint: others (link)
  3. ^ http://www.budiey.com/new-album-siti-nurhaliza-hadiah-dari-hati-di-pasaran-10-disember/
  4. ^ http://calmille.free.fr/main/?p=166
  5. ^ Shazryn Mohd Faizal (12 Disember 2007). Mampukah Hadiah Daripada Hati tandingi Transkripsi? Diarkibkan 2011-06-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 20 Januari 2010.
  6. ^ Siti hilang bisa (4 Mac 2008) Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 6 Ogos 2010}}
  7. ^ Hadiah Siti kurang mantap (25 Februari 2008) Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 6 Ogos 2010.
  8. ^ "Faizal Tahir Rocks at AIM Awards". New Straits Time. Dicapai pada 2008-04-04.
  9. ^ Faizal Tahir Ungguli AIM Diarkibkan 2014-02-03 di Wayback Machine Shazryn Mohd. Faizal (3 Mei 2008). Utusan Online. Diperoleh pada 4 Mei 2010.
  10. ^ Penjurian AIM15 lebih telus (7 April 2008) Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 6 Ogos 2010}}
  11. ^ Ciptaan Hafiz unggul (19 April 2008) Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 2 September 2010.
  12. ^ 1957: Hati Malaya Bolot 5 Anugerah[pautan mati kekal] Thani Hasbullah. Murai.com.my. Diperoleh pada 27 April 2013.
  13. ^ Konsert Siti di kota singa Shazryn Mohd. Faizal (17 Mac 2008). Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 9 Februari 2012.

Pautan luar sunting