Harimurti Kridalaksana

Harimurti Kridalaksana (lahir 23 Disember 1939 di Ungaran[1]) ialah pakar linguistik asal Indonesia. Dia ialah pengarang kamus dan publikasi lain dalam bidang bahasa Indonesia.

Pada tahun 1963, dia lulus kuliah di Universiti Indonesia dan mendapat gelar sarjana.[1][2] Kemudian dia mengikuti pengajian pascasiswazah dalam bidang didaktik bahasa di University of Pittsburgh (1971), serta menjadi calon Fulbright Scholar.[1] Pada tahun 1973, dia menjadi pensyarah pelawat di University of Michigan.[1] Pada tahun 1985, dia dianugerahkan hadiah Humboldt Fellow. Dia juga sempat menjadi penyelidik dan pensyarah di Johann Wolfgang Goethe University di Frankfurt am Main.[3] Pada tahun 1987, dia memperoleh gelar dokternya di Universiti Indonesia.[1][3]

Dia mengarang lebih daripada 100 artikel ilmiah dan lebih daripada 20 buku dalam bidang linguistik. Karyanya juga membahas masalah sosiolinguistik. Dia ialah anggota organisasi ilmiah, termasuk Linguistic Society of America, Masyarakat Linguistik Indonesia, dan International Association of Cognitive Linguistics.[1][3]

Terbitan (pilihan) sunting

  • Kamus sinonim bahasa Indonesia (1977)
  • Kamus Linguistik (1982)
  • Rintisan dalam linguistik Indonesia kumpulan karangan (1984)
  • Tatabahasa deskriptif bahasa Indonesia: sintaksis (1985)
  • Kelas kata dalam bahasa Indonesia (1986)
  • Beberapa prinsip perpaduan leksem dalam bahasa Indonesia (1987)
  • Pembentukan kata dalam bahasa Indonesia (1989)
  • Masa lampau bahasa Indonesia: sebuah bunga rampai (1991)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "Harimurti Kridalaksana" (dalam bahasa Indonesia). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-23. Dicapai pada 2020-04-23.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  2. ^ "Harimurti Kridalaksana - Gramedia Penerbit Buku Utama". gramediapustakautama.com (dalam bahasa Indonesia). September 24, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2020-04-23.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ a b c "Profil - K.P.H. Hubert Emmanuel Harimurti Kridalaksana Martanegara". merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-23. Dicapai pada 2020-04-23.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)