Dato’ Haji Hassan bin Sakimon (dilahirkan di Yong Peng, Batu Pahat, Johor pada 1957) adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia kini. Beliau berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya pada tahun 1983.

Yang Berbahagia Dato' Haji

Hassan Sakimon

DSAP, DIMP (Pah)
Komisioner Penjara (Pengurusan)
Memegang jawatan
1 November 2009
Didahului olehWan Mohamad Nazarie
Butiran peribadi
Lahir1957
Batu Pahat, Johor

Kerjaya sunting

Buat pertama kali berkhidmat dengan Jabatan Penjara, beliau ditempatkan di Penjara Johor Bahru pada 1 April 1985 hingga 28 Februari 1990. Beliau mula dipertanggungjawabkan sebagai PYM di Dusun Dato’ Murad, Melaka mulai Mac 1990 hingga April 1991. Pada 14 Mei 1991 hingga 1 Mei 1992 beliau ditukarkan ke Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor sebagai Penguasa Penjara.

Kemudian beliau ditukarkan ke Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia pada 2 Mei 1992. Pada 1 Februari 1995 beliau ditukarkan ke Penjara Seremban sebagai Pengarah Penjara Seremban. Pada tahun 1998 beliau ditukarkan ke Penjara Alor Setar, Kedah sebagai Pengarah Penjara Alor Setar.

Setelah itu beliau sekali lagi ditugaskan di Penjara Johor Bahru sebagai Pengarah Penjara Johor Bahru (KX48) pada 16 September 1999 hingga 15 Mac 2002. Setelah itu beliau ditempatkan sebagai Pengarah Penjara Sungai Buloh (KX52) pada 16 Mac 2002 hingga 19 Julai 2004.

Pada 20 Julai 2004 beliau telah dinaikkan pangkat ke Pengarah Pemulihan dan Rawatan, (KX54) dan atas gred yang sama beliau telah memegang jawatan sebagai Pengarah Parol, Ibu Pejabat Penjara Malaysia pada 1 Ogos 2007. Pada tahun 2005, beliau telah dikurniakan Bintang Cemerlang Melaka dan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dan pada tahun 2007 beliau dianugerahkan Pingat Peringatan 40 tahun oleh Negeri Sembilan.

Pada 3 Ogos 2009, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dengan pangkat Komisioner Penjara, sehinggalah sekarang.