Hattusa, juga Hattuşa, Ḫattuša, Hattusas, atau Hattusha, merupakan ibu kota Empayar Het pada dua tempoh yang berbeza dan wujud pada akhir Zaman Gangsa. Runtuhannya terletak berhampiran Boğazkale moden, Turki, (asalnya Boğazköy) berhampiran Sungai Kızılırmak (Het: Marashantiya; Yunani: Halys).

Hattusa
𒌷𒄩𒀜𒌅𒊭 Ḫattuša (Bahasa Het)
Hattuşaş (Bahasa Turki)
Gerbang Singa di barat daya
LokasiBerhampiran Boğazkale, Wilayah Çorum, Turki
WilayahAnatolia
Koordinat40°01′11″N 34°36′55″E / 40.01972°N 34.61528°E / 40.01972; 34.61528Koordinat: 40°01′11″N 34°36′55″E / 40.01972°N 34.61528°E / 40.01972; 34.61528
JenisPenempatan
Sejarah
DiasaskanAlaf ke-6 SM
Ditinggalkans. 1200 SM
ZamanZaman Gangsa
BudayaHet
Perincian tapak
KeadaanRuntuhan

Charles Texier mengemukakan perhatian kepada runtuhan-runtuhannya selepas lawatan beliau pada tahun 1834. Sepanjang abad berikutnya, terdapat penerokaan sekali-sekala yang melibatkan pelbagai ahli arkeologi. Pada abad ke-20, Persatuan Oriental Jerman dan Institut Arkeologi Jerman menjalankan penggalian sistematik, yang berterusan hingga ke hari ini.[1] Hattusa telah ditambahkan ke senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986.

Sejarah sunting

 
Benteng Hattusa.
 
Gerbang Sfinks untuk memasuki kota itu.

Tanda terawal orang tinggal di tapak itu adalah dari alaf ke-6 SM semasa zaman Kalkolitik. Pada hujung alaf ke-3 SM, orang Hatti mendirikan sebuah penempatan di lokasi-lokasi yang dahulunya pernah diduduki dan menamakan tapak itu Hattusy.[2] Pada abad ke-19 dan ke-18 SM, pedagang-pedagang dari Assyria, yang berpusat di Kanesy (Neša) (Kültepe moden) mendirikan sebuah pos perdagangan di sana, dengan kawasan mereka sendiri di hilir kota.[3]

Lapisan terbakar yang ditemui semasa penggalian menunjukkan bahawa kota Hattusa telah musnah dibakar sekitar 1700 SM. Orang yang bertanggungjawab nampaknya ialah Raja Anitta dari Kussara, kerana baginda dengan bangganya mengaku bertanggungjawab dan juga menulis sumpahan mengenainya:

"Barang siapa selepas beta yang menjadi raja dan membina semula kota Hattusas, semoga Dewa Ribut dari Langit memanahnya!"[4]

namun kota itu dibina semula selepas itu, mungkin oleh salah seorang putera Anitta.[5][6]

 
Tembok kota Hattusa dibina semula, Hattusa, Turki.

Pada separuh pertama 1650 SM, Raja Labarna dari Het memindahkan ibu kota dari Neša ke Hattusa dan menukar nama baginda kepada Hattusili, "orang/lelaki dari Hattusa".[7][8] Selepas orang Kaska datang dari utara, kota itu dua kali diserang mereka dan di bawah raja Tudhaliya I, orang Het memindahkan ibu kota ke utara ke Sapinuwa. Di bawah Muwatalli II, mereka berpindah ke selatan ke Tarhuntasya tetapi baginda menugaskan adindanya, Hattusili III sebagai gabenor Hattusa.[9] Pada pertengahan abad ke-13 SM, Mursili III dari Het mengembalikan ibu kota ke Hattusa, di mana ia kekal sehingga akhir kejatuhan kerajaan Het pada abad ke-12 SM (KBo 21.15 i 11–12).[10]

 
Ukiran dan hieroglif dari Kamar 2 di Hattusa dibina dan dihiasi oleh Suppiluliuma II, raja terakhir kerajaan Het.

Pada kemuncaknya, Hattusa meliputi 1.8 km2 (440 ekar) dan terdiri daripada bahagian dalam dan luar, kedua-duanya dikelilingi oleh tembok besar yang didirikan semasa pemerintahan Suppiluliuma I (s. 1344 –1322 SM), yang masih kelihatan pada hari ini. Bahagian dalam kota meliputi kawasan seluas 0.8 km2 (200 ekar) dan mempunyai sebuah kubu dengan bangunan pentadbiran yang besar serta kuil. Kediaman diraja, atau akropolis, dibina di atas rabung yang kini dikenali sebagai Büyükkale (Kubu Besar).[11] Kota itu dilengkapi dengan tembok yang lebih daripada 6 km (3.7 bt) panjangnya, dengan lapisan dalam dan luarnya sekitar 3 m tebal dan terdapat 2 m ruang antara mereka, menjadikan jumlah ketebalan 8 m.[12]

 
Kuil Besar di bahagian dalam kota

Di selatan terletak bahagian luar kota yang keluasan kira-kira 1 km2 (250 ekar), dengan gerbang masuk yang dihiasi ukiran pahlawan, singa dan sfinks. Empat kuil terletak di sini, setiap satu terletak di sekeliling satu laman dengan serambi anjung, bersama-sama bangunan untuk bukan tujuan keagamaan dan kediaman. Di luar tembok terdapat tanah perkuburan, kebanyakannya menempatkan abu pembakaran mayat. Populasi kota itu dianggarkan berada di antara 40,000 dan 50,000 pada puncaknya; pada awalnya, kota itu menempatkan satu pertiga daripada jumlah tadi. Rumah-rumah kediaman yang dibina dengan kayu dan batu bata lumpur sudah tiada di tapak, meninggalkan hanya dinding-dinding batu kuil dan istana.

Hattusa musnah, diiringi seluruh negeri Het, sekitar 1200 SM, pada zaman keruntuhan Zaman Gangsa. Penggalian menunjukkan bahawa Hattusa ditinggalkan beransur-ansur dalam masa beberapa dekad dan empayar Het hancur.[13] Ada yang mencadangkan bahawa seluruh rantau mengalami kemarau pada masa itu.[14] Namun, kota itu diperhati mempunyai tanda-tanda kemusnahan dek dibakar.[15] Tapak ini kemudiannya ditinggalkan sehinggalah 800 SM, apabila penempatan Frigia didirikan di kawasan itu.

Rujukan sunting

  1. ^ Gates, Charles (2011). Ancient cities: the archaeology of urban life in the ancient Near East and Egypt, Greece and Rome (ed. 2nd). London: Routledge. m/s. 145. ISBN 978-0-203-83057-4.
  2. ^ Bittel, Kurt, "Hattusha. The Capital of the Hittites", NewYork: Oxford University Press, 1970 ISBN 978-0195004878
  3. ^ Hawkins, David, "Writing in Anatolia: Imported and Indigenous Systems", World Archaeology, vol. 17, no. 3, pp. 363–76, 1986
  4. ^ Hamblin, William J. Warfare in the Ancient Near East to 1600 BC: Holy Warriors at the Dawn of History. New York: Routledge, 2006.
  5. ^ Hopkins, D. C. (2002). Across the Anatolian Plateau: readings in the archaeology of ancient Turkey. American Schools of Oriental Research.
  6. ^ Martino, S. (2022). Hatti: From Regional Power to Empire. Dalam Handbook Hittite Empire (Jil. 1, m/s 205-270). de Gruyter.
  7. ^ Bryce, T. R. (2018). The Annals and Lost Golden Statue of the Hittite King Hattusili I. Gephyra, 16, 1-12.
  8. ^ Cline, Eric H. (2021). "Of Arms and the Man". 1177 B.C.: The Year Civilization Collapsed. Princeton University Press. m/s. 32. ISBN 9780691208015.
  9. ^ Glatz, C., & Matthews, R. (2005). Anthropology of a frontier zone: Hittite-Kaska relations in Late Bronze Age north-central Anatolia. Bulletin of the American Schools of Oriental Research, 339(1), 47-65.
  10. ^ Otten, H. (1973). Keilschrifttexte aus Boghazköi/21 Insbes. Texte aus Gebäude A/von Heinrich Otten. Keilschrifttexte aus Boghazköi.
  11. ^ Güterbock, H. G. (1953). " New Excavations at" Boghazköy, Capital of the Hittites. Archaeology, 6(4), 211-216.
  12. ^ Lewis, Leo Rich; Tenney, Charles R. (2010). The Compendium of Weapons, Armor & Castles. Nabu Press. p. 142. ISBN 1146066848.
  13. ^ Beckman, Gary (2007). "From Hattusa to Carchemish: The latest on Hittite history" (PDF). Dalam Chavalas, Mark W. (penyunting). Current Issues in the History of the Ancient Near East. Claremont, California: Regina Books. m/s. 97–112. Dicapai pada 18 Disember 2014.
  14. ^ MManning, S. W., Kocik, C., Lorentzen, B., & Sparks, J. P. (2023). Severe multi-year rought coincident with Hittite collapse around 1198–1196 BC. Nature, 614(7949), 719-724. doi:10.1038/s41586-022-05693-y
  15. ^ Bryce, Trevor (2019). Warriors of Anatolia: A Concise History of the Hittites. Bloomsbury Academic. m/s 264. ISBN 9781350140783.

Bacaan lanjut sunting

  • Bryce, Trevor, "Life and Society in the Hittite World", Oxford: Oxford University Press, 2002 ISBN 9780199241705
  • Bryce, Trevor, "Letters of the Great Kings of the Ancient Near East: The Royal Correspondence of the Late Bronze Age", London: Routledge, 2003 ISBN 9780415258579
  • Bryce, Trevor, "The Kingdom of the Hittites" Rev. ed. Oxford: Oxford University Press, 2005 ISBN 9780199240104
  • W. Dörfler et al.: Untersuchungen zur Kulturgeschichte und Agrarökonomie im Einzugsbereich hethitischer Städte. (MDOG Berlin 132), 2000, 367–381. ISSN 0342-118X
  • Gordin, Shai, "The Tablet and its Scribe: Between Archival and Scribal Spaces in Late Empire Period Ḫattusa", Altorientalische Forschungen, jil. 38, no. 2, m/s 177–198, 2011
  • Kloekhorst, Alwin and Waal, Willemijn, "A Hittite Scribal Tradition Predating the Tablet Collections of Ḫattuša?", Zeitschrift für Assyriologie und vorderasiatische Archäologie, jil. 109, no. 2, m/s 189–203, 2019
  • Larsen, Mogens Trolle, "A Revolt against Hattuša", Journal of Cuneiform Studies, jil. 24, no. 4, m/s 100–01, 1972
  • Plerallini, Sibilla, "Observations on the Lower City of Hattusa: a comparison between the epigraphic sources and the archaeological documentation", Altorientalische Forschungen, jil. 27, no. 2, m/s 325–358, 2000
  • Neve, Peter (1992). Hattuša-- Stadt der Götter und Tempel : neue Ausgrabungen in der Hauptstadt der Hethiter (ed. 2., erw. Aufl.). Mainz am Rhein: P. von Zabern. ISBN 3-8053-1478-7.
  • Neve, Peter. “The Great Temple in Boğazköy-H ̮attuša.” In Across the Anatolian Plateau: Readings in the Archaeology of Ancient Turkey. Edited by David C. Hopkins, 77–97. Boston: American Schools of Oriental Research, 2002
  • Kuhrt, Amelie, "The Hittites" In The Ancient Near East, c. 3000–330 BC. 2 vols. By Amelie Kuhrt, 225–282. London: Routledge, 1994
  • Singer, Itamar, "A City of Many Temples: H ̮attuša, Capital of the Hittites", In Sacred Space: Shrine, City, Land: Proceedings of the International Conference in Memory of Joshua Prawer, Held in Jerusalem, 8–13 June 1992. Edited by Benjamin Z. Kedar and R. J. Z. Werblowsky, 32–44. Basingstoke, UK: Palgrave Macmillan, 1998
  • Torri, Giulia, "The phrase ṬUPPUURUḪatti in Colophons from Ḫattuša and the Work of the Scribe Ḫanikkuili", Altorientalische Forschungen, jil. 38, no. 1, m/s 135–144, 2011
  • Torri, Giulia, "The Goldsmith Zuzu(l)li and the Find-spots of the Inventory Texts from Ḫattuša", Altorientalische Forschungen, jil. 43, no. 1–2, m/s 147–156, 2016
  • [1] Weeden, Mark, "Back to the 13th or 12th Century BC?: The SÜDBURG Inscription at Boğazköy-Hattuša", in Devecchi, Elena and De Martino, Stefano - Anatolia between the 13th and the 12th century BCE, m/s 473–496, 2020
  • Yazıcı, Çağlan. The Hittite Capital Hattusa, Alacahöyük and Shapinuwa: A Journey to the Hittite World In Hattusa, Alacahöyük, Shapinuwa, Eskiapar, Hüseyindede, Pazarlı and the Museums of Boğazköy, Alacahöyük and Çorum. 1st edition. Istanbul: Uranus Photography Agency and Publishing Co., 2013 ISBN 9786055940225

Pautan luar sunting