Hieratik (Jawi: هيراتيک; Bahasa Yunani Kuno: ἱερατικά, hieratiká, kependetaan) ialah nama sistem tulisan kursif yang digunakan untuk bahasa Mesir purba dan aksara utama yang digunakan untuk menulis bahasa itu sejak alaf ketiga SM sehingga kebangkitan Demotik pada pertengahan alaf pertama SM. Ia kebanyakkanya ditulis dengan dakwat dengan kalam pada papirus.[1]

Hieratik
Papirus yang ditranskripsi, s. 1500 SM
Jenis
Logograf dengan konsonan
BahasaBahasa Mesir
Tempoh masa
s. 3200 SM – abad ke-3 Masihi
Aksara induk
Aksara turunan
Demotik
mungkin diilhamkan Aksara Byblos
Arah tulisCampuran
ISO 15924Egyh, 060
U+13000–U+1342F (disatukan dengan Hieroglif Mesir)

Etimologi sunting

Pada abad kedua, istilah hieratik kali pertama digunakan oleh sarjana Yunani Clemens dari Iskandariah untuk menerangkan sistem tulisan Mesir Purba ini.[2] Istilah ini berasal daripada bahasa Yunani untuk "tulisan pendeta" (Bahasa Yunani Koine: γράμματα ἱερατικά) kerana pada masa itu, selama lebih daripada lapan setengah abad, hieratik digunakan hanya untuk teks dan kesusasteraan agama.

Hieratik juga boleh menjadi kata sifat yang bermaksud "tentang atau berkaitan dengan orang atau jawatan suci; kependetaan."[3]

Perkembangan sunting

Hieratik menjadi bentuk kursif bagi skrip hieroglif dalam zaman Naqada III Mesir Purba, kira-kira 3200–3000 SM.[4] Walaupun hieroglif cetakan tulisan tangan terus digunakan dalam beberapa situasi formal, seperti manuskrip Kitab Orang Mati Mesir, aksara hieroglif tidak kursif kebanyakkannya terhad kepada tulisan pada tugu-tugu dan sebagainya.

Sekitar 650 SM, skrip Demotik yang lebih kursif terhasil daripada hieratik.[1] Demotik mula berkembang penggunaannya di utara Mesir dan menggantikan hieratik dan trengkas selatan yang dikenali sebagai hieratik abnormal untuk tulisan sehari-hari, seperti surat peribadi dan dokumen dagangan. Hieratik terus digunakan oleh golongan paderi untuk teks dan kesusasteraan agama hingga abad ke-3 SM.

Kegunaan dan bahan sunting

 
Satu daripada empat surat rasmi kepada wazir Khay disalin pada serpihan batu kapur

Dalam sejarahnya yang panjang, hieratik digunakan untuk menulis dokumen pentadbiran, cerita, teks undang-undang, dan surat, serta teks matematik, perubatan, sastera dan agama. Semasa zaman Yunani-Rom, apabila Demotik (dan kemudiannya, Yunani) menjadi aksara pentadbiran utama, hieratik digunakan kebanyakannya untuk teks-teks agama. Umumnya, hieratik jauh lebih penting daripada hieroglif sepanjang sejarah Mesir, sebagai aksara yang digunakan dalam kehidupan seharian. Ia juga sistem tulisan paling pertama diajar kepada murid, manakala hieroglif terhad kepada kelompok kecil yang diberi latihan tambahan.[5] Malah, kesilapan dalam teks-teks hieroglif selalunya berlaku akibat salah faham dalam teks hieratik asal.

Selalunya, tulisan hieratik ditulis dengan dakwat dengan berus buluh pada papirus, kayu, batu atau kepingan tembikar. Semasa zaman Rumawi, kalam buluh juga digunakan. Beribu-ribu kepingan batu kapur telah ditemui di tapak Deir al-Madinah, memberikan gambaran dekat kehidupan pekerja biasa Mesir. Selain papirus, batu, serpihan seramik, dan kayu, hieratik juga terdapat pada kertas kulit namun sedikit sahaja yang masih ada. Terdapat juga teks hieratik yang ditulis pada kain, terutamanya pada linen yang digunakan untuk mumia. Terdapat beberapa teks hieratik yang ditulis pada batu, dikenali sebagai hieratik jauhari; ini biasa ditemui pada batu bersurat dari dinasti ke-22.

Penghujung dinasti keenam, hieratik kadangkala ditekankan pada papan batu lumpur dengan stilus, serupa dengan tulisan pepaku. Kira-kira lima ratus papan lumpur begini telah ditemui di istana gabenor di Ayn Asil (Balat),[6] dan satu sampel telah ditemui di tapak Ayn al-Gazzarin, kedua-duanya di Oasis Dakhlah.[7][8] Pada masa papan lumpur itu dibuat, Dakhlah terletak jauh dari tempat papirus dihasilkan.[9] Papan-papan lumpur ini merakamkan inventori, senarai nama, catatan, dan kira-kira lima puluh surat. Kebanyakan surat-surat itu surat dalaman yang diedarkan di dalam istana dan kawasan tempatan, tetapi yang lain dihantar dari kampung-kampung lain di oasis itu kepada gabenor.

Ciri-ciri sunting

 
Papan latihan dengan petikan hieratik daripada Petua Amenemhat (dari pemerintahan dinasti ke-18 Amenhotep I, s. 1514–1493 SM) yang berbunyi: "Berjaga-jagalah terhadap semua orang yang berada di bawah kamu... Jangan percaya kepada saudara, jangan ada teman, jangan bercinta."

Tulisan hieratik, berbeza dengan hieroglif batu bersurat dan manuskrip, dibaca dari kanan ke kiri. Pada mulanya, hieratik boleh ditulis secara menegak ataupun melintang tetapi selepas dinasti ke-12 (khususnya semasa pemerintahan Amenemhat III), melintang menjadi standard.

Hieratik terkenal kerana sifat kursifnya dan ligatur untuk beberapa aksara. Hieratik juga menggunakan ortografi yang lebih standard daripada hieroglif; teks yang ditulis dalam hieroglif sering perlu mengambil kira elemen-elemen lain, seperti penggunaan hiasan dan aspek keagamaan yang tidak ada dalam, katakanlah, resit cukai. Terdapat juga beberapa tanda yang unik untuk hieratik, tetapi ahli Mesirologi telah mencipta bentuk hieroglif yang setara untuk transkripsi dan penataan huruf hieroglif.[10] Beberapa aksara hieratik mempunyai diakritik supaya tanda yang serupa dapat dibezakan dengan mudah.

Hieratik sering hadir dalam sesuatu tempoh dalam dua bentuk, tulisan yang pantas dan berangkai digunakan untuk kertas kerja rasmi, dan gaya yang lebih lebar dan lebih formal digunakan untuk teks-teks sastera, sains dan agama. Kedua-dua bentuk ini mungkin amat berbeza antara satu sama lain. Surat-surat pula menggunakan bentuk kursif untuk menulis dengan pantas, selalunya dengan banyak singkatan untuk frasa dan perkataan, seperti trengkas.

Bentuk hieratik yang sangat kursif yang dipanggil "Hieratik Abnormal" pernah digunakan di kawasan Thebes dari separuh kedua dinasti ke-20 hingga permulaan dinasti ke-26.[11] Ia berasal daripada tulisan dokumen-dokumen pentadbiran Mesir Hulu dan banyak digunakan untuk teks undang-undang, pajakan tanah, surat dan teks-teks lain. Tulisan jenis ini digantikan oleh Demotik—aksara jurutulis Mesir Hilir—semasa dinasti ke-26, apabila Demotik dijadikan aksara pentadbiran standard di seluruh Mesir Bersatu.

Pengaruh sunting

Hieratik telah mempengaruhi beberapa sistem tulisan lain. Yang paling ketara ialah Demotik, keturunan langsungnya. Berkaitan dengan ini ialah tanda-tanda Demotik tulisan Meroitik dan aksara-aksara Demotik yang dipinjamkan ke dalam abjad Qibti dan Nubia Kuno.

Di luar Lembah Nil, banyak tanda yang digunakan dalam silibari Byblos nampaknya dipinjam daripada hieratik Kerajaan Lama.[12] Bahasa Ibrani awal juga diketahui telah menggunakan angka hieratik.[13]

Unicode sunting

Piawaian Unicode menganggap aksara hieratik sebagai varian pasuan/fon hieroglif Mesir, dan kedua-dua aksara telah disatukan.[14] Hieroglif telah ditambahkan kepada Piawaian Unicode pada Oktober 2009 dengan keluaran versi 5.2.

Nota sunting

  1. ^ a b McGregor 2015.
  2. ^ Goedicke 1988:vii; Wente 2001:2006. Dirujuk dalam Stromata 5:4, oleh Clemens.
  3. ^ Definition of hieratic, Free Online Dictionary. Retrieved 2011-10-23.
  4. ^ Friedhelm Hoffmann (2012), Hieratic And Demotic Literature, OUP.
  5. ^ Baines 1983:583.
  6. ^ Soukiassian, Wuttman, Pantalacci 2002.
  7. ^ Posener-Kriéger 1992; Pantalacci 1998.
  8. ^ Scribes and craftsmen: the noble art of writing on clay. Feb 29, 2012; UCL Institute of Archaeology
  9. ^ Parkinson dan Quirke 1995:20.
  10. ^ Gardiner 1929.
  11. ^ Wente 2001:210. See also Malinine [1974].
  12. ^ Hoch 1990.
  13. ^ Aharoni 1966; Goldwasser 1991.
  14. ^ The Unicode Standard, Version 5.2.0, Chapter 14.17, Egyptian Hieroglyphs

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

 

  • Aharoni, Yohanan (1966). "The Use of Hieratic Numerals in Hebrew Ostraca and the Shekel Weights". Bulletin of the American Schools of Oriental Research. 184 (184): 13–19. doi:10.2307/1356200. JSTOR 1356200. S2CID 163341078.
  • Baines, John R. (1983). "Literacy and Ancient Egyptian Society". Man: A Monthly Record of Anthropological Science. 18 (new series): 572–599. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-09.
  • Betrò, Maria Carmela (1996). Hieroglyphics: The Writings of Ancient Egypt. New York; Milan: Abbeville Press (English); Arnoldo Mondadori (Italian). m/s. 34–239. ISBN 978-0-7892-0232-1.
  • Fischer-Elfert, Hans-Werner (2021). Grundzüge einer Geschichte des Hieratischen. Einführungen und Quellentexte zur Ägyptologie. 14. Berlin: Lit.
  • Gardiner, Alan H. (1929). "The Transcription of New Kingdom Hieratic". Journal of Egyptian Archaeology. 15 (1/2): 48–55. doi:10.2307/3854012. JSTOR 3854012.
  • Goedicke, Hans (1988). Old Hieratic Paleography. Baltimore: Halgo, Inc.
  • Goldwasser, Orly (1991). "An Egyptian Scribe from Lachish and the Hieratic Tradition of the Hebrew Kingdoms". Tel Aviv: Journal of the Tel Aviv University Institute of Archaeology. 18: 248–253.
  • Hoch, James E. (1990). "The Byblos Syllabary: Bridging the Gap Between Egyptian Hieroglyphs and Semitic Alphabets". Journal of the Society for the Study of Egyptian Antiquities. 20: 115–124.
  • Janssen, Jacobus Johannes (2000). "Idiosyncrasies in Late Ramesside Hieratic Writing". Journal of Egyptian Archaeology. 86: 51–56. doi:10.2307/3822306. JSTOR 3822306.
  • Malinine, Michel (1974). "Choix de textes juridiques en hiératique 'anormal' et en démotique". Textes et langages de l'Égypte pharaonique: Cent cinquante années de recherches 1822–1972; Hommage à Jean-François Champollion. Cairo: Imprimerie de l’Institut français d’archéologie orientale du Caire. m/s. 31–35. Vol. 1.
  • McGregor, William B. (2015). Linguistics: An Introduction. Bloomsbury Publishing. m/s. 306. ISBN 978-0-567-48339-3.
  • Möller, Georg Christian Julius (1927–1936). Hieratische Paläographie: Die aegyptische Buchschrift in ihrer Entwicklung von der Fünften Dynastie bis zur römischen Kaiserzeit (ed. 2nd). Leipzig: J. C. Hinrichs’schen Buchhandlungen. 4 vols.
  • Möller, Georg Christian Julius, penyunting (1927–1935). Hieratische Lesestücke für den akademischen Gebrauch (ed. 2nd). Leipzig: J. C. Hinrichs’schen Buchhandlungen. 3 vols.
  • Pantalacci, Laure (1998). "La documentation épistolaire du palais des gouverneurs à Balat–ˤAyn Asīl". Bulletin de l'Institut Français d'Archéologie Orientale. 98: 303–315.
  • Parkinson, Richard B.; Stephen G. J. Quirke (1995). Papyrus. London: British Museum Press.
  • Posener-Kriéger, Paule (1992). "Les tablettes en terre crue de Balat". Dalam Élisabeth Lalou (penyunting). Les Tablettes à écrire de l'Antiquité à l'époque moderne. Turnhout: Brepols. m/s. 41–49.
  • Soukiassian, Georges; Michel Wuttmann; Laure Pantalacci (2002). Le palais des gouverneurs de l'époque de Pépy II: Les sanctuaires de ka et leurs dépendances. Cairo: Imprimerie de l’Institut français d’archéologie orientale du Caire. ISBN 978-2-7247-0313-9.
  • Verhoeven, Ursula (2001). Untersuchungen zur späthieratischen Buchschrift. Leuven: Uitgeverij Peeters and Departement Oriëntalistiek.
  • Wente, Edward Frank (2001). "Scripts: Hieratic". Dalam Donald Redford (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. Oxford, New York, and Cairo: Oxford University Press and The American University in Cairo Press. m/s. 206–210. Vol. 3.
  • Wimmer, Stefan Jakob (1989). Hieratische Paläographie der nicht-literarischen Ostraka der 19. und 20. Dynastie. Wiesbaden: Harrassowitz Verlag.

Pautan luar sunting