Hilang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 dibintangi oleh Ayu Raudhah, Rozita Che Wan. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 5 Julai 2011 hingga 23 Ogos 2011 menggantikan Bait Cinta.[1]

Hilang
GenreDrama, konflik, keluarga
Ditulis olehJumal Yunus
PengarahAidilfitri Mohd Yunos
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Aku Permata" oleh Salma Asis
Lagu penutup"Aku Permata" oleh Salma Asis
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Puteri Julia Nabilah Megat Junid
  • Megat Jufri Nasrullah Megat Junid
PenerbitZiela Jalil
PenyuntingHerman Shah
Lokasi
SinematografiSalehuddin Jamaluddin
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal5 Julai 2011 – 23 Ogos 2011

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang dua adik-beradik yang begitu akrab iaitu Salina (Rozita Che Wan) dan Salimah (Ayu Raudhah). Salina dan Azrul (Zul Ariffin) merupakan pasangan kekasih yang akhirnya melangsungkan perkahwinan. Walaupun sudah berkahwin, Salina semakin hilang kepercayaan terhadap suaminya. Ini disebabkan Azrul sering sahaja diganggu oleh setiausahanya, Malina (Julia Ziegler). Salina bimbang jika Azrul suatu hari nanti akan tergoda dengan pujuk rayu Malina.

Salina akhirnya mengandung dan ini memberi berita gembira untuk seluruh ahli keluarganya namun tidak bagi Malina yang mempunyai perasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina mencecah 7 bulan, Salina terbabit di dalam satu kemalangan selepas pulang dari bersiar-siar bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut, Salina hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan ke dalam wad mental.

Peristiwa ini memberi tekanan kepada Azrul. Namun Azrul bernasib baik mempunyai Fauziah, ibu mertuanya dan juga Salimah yang sanggup membantunya menguruskan anaknya yang "kehilangan" ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina (Mia Sara) anak kakaknya itu. Fauziah menyuarakan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul. Salimah yang sudah mempunyai teman lelaki, terpaksa mengorbankan cintanya demi kakak tersayang. Tindakan Salimah ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahanya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak berjaya.

Ingatan Salina akhirnya pulih. Ini memberi perkhabaran gembira buat seluruh anggota keluarganya. Namun, pada masa yang sama mereka bimbang kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Hilang Slot Ratu TV9 Yanmie Online. 4 Julai 2011. Dicapai pada 4 Julai 2014.
  2. ^ Hilang (2011): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 3 Disember 2018.