I Can Eat Glass merupakan satu projek linguistik yang didokumentasikan semasa era kemunculan Internet oleh Ethan Mollick, penuntut Universiti Harvard ketika itu.[1] Objektifnya adalah untuk menyediakan penutur dengan terjemahan frasa "I can eat glass, it does not hurt me," yang bermaksud "Saya boleh makan kaca, ia tidak menyakitkan saya" ke pelbagai bahasa; frasa tersebut dipilih kerana ia langsung tidak lazim.[2] Laman sesawang asal Mollick sudah lesap sekitar Jun 2004[3] tetapi ia tetap muncul sebagai ayat contoh mengarut dalam bidang linguistik.[4][5][6] Projek ini ditempatkan di laman "The Immediate Gratification Players" kini, laman sesawang kumpulan komedi improvisasi kolej, yang Mollick pernah menjadi ahli, dan juga tapak asal laman asal projek itu.[7]

Frasa tersebut digunakan sebagai teks sampel untuk memaparkan fon Cina dalam Pemapar Fon GNOME. Tangkapan skrin ini menunjukkan terjemahan Bahasa Cina Ringkas bagi "Saya boleh makan kaca, ia tidak menyakitkan saya."

Seperti Mollick menjelaskan, pelawat ke negara asing teringin sekali bercakap sesuatu dalam bahasa asing itu, dan apa sahaja yang mereka katakan (antara contohnya adalah seperti "Di manakah tandas?") biasanya akan terus mendedahkan bahawa mereka seorang pelancong. Akan tetapi, mengatakan "Saya boleh makan kaca, ia tidak menyakitkan saya" memastikan penutur tadi "akan dianggap seorang penutur asli yang tidak siuman, dan akan dilayan dengan maruah dan hormat".[8]

Projek ini telah berkembang besar sejak pengguna Internet dijemput untuk menyumbangkan terjemahan.[9] Frasa tersebut telah diterjemahkan ke setidaknya 150 bahasa, termasuk beberapa bahasa fiksyen atau rekaan, serta ke dalam pelbagai kod bahasa komputer. Ia telah menjadi meme Internet.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ Finegan, Edward (2004). Language: its structure and use. Thomson Wadsworth. m/s. 254. ISBN 9780838407943. Dicapai pada 22 Januari 2013.
  2. ^ Pollatsek, Alexander; Treiman, Rebecca, penyunting (2015). The Oxford handbook of reading. Oxford library of psychology. Oxford New York Auckland: Oxford University Press. m/s. 10–11. ISBN 978-0-19-932457-6.
  3. ^ "UTF-8 Sampler". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-24. Dicapai pada 2016-07-01.
  4. ^ "I Can Eat Glass without Hurting Myself". Fifty Words for Snow. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2022. Dicapai pada 28 Ogos 2023.
  5. ^ "i can eat glass". mw.lojban.org. 30 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2023.
  6. ^ Blyth, Carl (2000). Untangling the Web. Wiley. m/s. 48–49. ISBN 9780471392477.
  7. ^ "I Can Eat Glass". IGP (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-08-28. Dicapai pada 2023-08-28.
  8. ^ Bernstein, Peter, penyunting (September 8, 1997). The Practical Guide to Practically Everything. New York: Random House. m/s. 564. ISBN 9780375750298.
  9. ^ Blyth, Carl S. (2000). Untangling the Web: Nonce's Guide to Language and Culture on the Internet. John Wiley & Sons. m/s. 48. ISBN 9780471392477. Dicapai pada 22 Januari 2013.
  10. ^ Wooten, Adam (21 Oktober 2011). "International Business: Potty language: Safely navigating international water closets". Deseret News. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 22 Januari 2013.

Pautan luar sunting