Igor Vladimirovich Sergeev (Rusia: Игорь Владимирович Сергеев; =lahir 30 April 1993) ialah pemain bola sepak profesional Uzbekistan yang bermain sebagai penyerang bagi BG Pathum United dan pasukan kebangsaan Uzbekistan.

Igor Sergeev
Sergeev membersamai Pakhtakor Tashkent pada tahun 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Igor Vladimirovich Sergeyev
Tarikh lahir (1993-04-30) 30 April 1993 (umur 30)
Tempat lahir Tashkent, Uzbekistan
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
BG Pathum
Nombor 11
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2018 Pakhtakor Tashkent 122 (61)
2016Beijing Guoan (pinjaman) 14 (1)
2018 Al Dhafra Club 10 (1)
2018–2021 Pakhtakor Tashkent FK 49 (34)
2021 FC Aktobe 18 (7)
2021–2023 Tobol 45 (17)
2023– BG Pathum 12 (4)
Pasukan kebangsaan
2011 Uzbekistan U18 4 (1)
2012 Uzbekistan U19 14 (9)
2013 Uzbekistan U20 5 (2)
2014–2016 Uzbekistan U23 7 (3)
2013– Uzbekistan 66 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya kelab sunting

Pakhtakor F.C. sunting

Sergeev memulakan kerjaya kelabnya di Liga Super Uzbekistan bagi Pakhtakor Tashkent pada 5 Mac 2011 dengan perlawanan menentang Qizilqum Zarafshon di Stadium Pakhtakor Markaziy. Dia telah menukar kedudukan dengan Temurkhuja Abdukholikov di minit-minit terakhir, kapabila Tashkent mengatasi penentangnya berbanding mata 2–0.[2]

Beijing Guoan sunting

Pada 6 Julai 2016, Sergeev telah dipinjamkan untuk kumpulan Beijing Guoan dengan pasukan kebangsaannya Egor Krimets. Pada 16 Oktober 2016, dia menjaringkan gol pertama di Liga Super China pada perlawanan yang menentang Changchun Yatai.

Kembali ke Pakhtakor F.C. sunting

Pada 6 Julai 2018, Sergeev kembali ke pasukan Pakhtakor Tashkent.[3]

Aktobe sunting

Pada 18 Februari 2021 pula, FC Aktobe telah mengisytiharkan tanda tangan kontrak Sergeev.[4]

Tobol sunting

Pada 19 Julai 2021, Sergeev mula menyertai Tobol.[5] Ia berjaya memenangi Liga Perdana Kazakhstan 2022-23. Susulan itu, Sergeev menamatkan kontraknya dengan Tobol dan meningalkan kelab itu pada 8 Jun 2023, atas keputusan yang dibuat bersama-samanya.[6]

BG Pathum sunting

Pada 13 Jun 2023, Sergeev rasmi bermain untuk BG Pathum dengan penanda tanganan kontrak.[7]

Kerjaya antarabangsa sunting

Sergeev mula tampil sebagai pasukan utama dalam divisyen antarabangsa bawah U20 bagi Uzbekistan. Selepas kejohanan Piala AFC U19 2012, Sergeev berjaya mendapat gelaran sebagai penjaring gol paling banyak dengan 7 gol terbanyak sehingga separuh akhir perlawanan, dimana mereka ditewaskan oleh Korea Selatan bawah U20 3–1.[8]

Dia memulakan kerjaya senior antarabangsa bersama Uzbekistan pada 10 September 2013 di pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Jordan. Dia dipilih dalam senarai pasukan utama Uzbekistan bagi Piala AFC 2015, yang telah diadakan oleh Australia. Sergeev tampil dalam 3 perlawanan dengan menjaringkan gol kemenangan bagi Uzbekistan 1–0 dalam perlawanan menentang KoreaUtara pada perlawanan perdana dalam kumpulan B.

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA U-20 World Cup Turkey 2013 List of Players: Uzbekistan" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 23 June 2013. m/s. 24. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 June 2013.
  2. ^ "Pakhtakor 2-0 Qizilqum". Soccerway. Dicapai pada 20 November 2012.
  3. ^ "ИГОРЬ СЕРГЕЕВ ВЕРНУЛСЯ В ПАХТАКОР". pakhtakor.uz (dalam bahasa Rusia). Pakhtakor Tashkent. 6 July 2018. Dicapai pada 23 August 2018.
  4. ^ "Игорь Сергеев - "Ақтөбе" футбол клубының ойыншысы!". vk.com (dalam bahasa Russian). FC Aktobe VK. 18 February 2021. Dicapai pada 18 February 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Игорь Сергеев – игрок Тобола". fctobol.kz/ (dalam bahasa Russian). FC Tobol. 19 July 2021. Dicapai pada 19 July 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Спасибо, Игорь!". fctobol.kz (dalam bahasa Russian). FC Tobol. 8 June 2023. Dicapai pada 8 June 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "HERE COMES NEW CHALLENGE" (dalam bahasa Thai). BG Pathum United. 19 June 2023. Dicapai pada 13 June 2023.
  8. ^ "Sergeev scoops top scorer award". The Asian Football Confederation. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2012. Dicapai pada 20 November 2012.