Imbuhan kata sifat bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu, imbuhan boleh digunakan untuk menegaskan kata sifat akar untuk tujuan perbandingan atau pengibaratan.
Awalan sunting
ter- sunting
Imbuhan "ter-" membentuk kata sifat superlatif, iaitu taraf tertinggi, sama maksud dengan "paling". Contoh: terbesar (paling besar), tertinggi (paling tinggi).
Bagi kata akar yang bermula dengan huruf "r", huruf "r" dalam imbuhan "ter-" mesti digugurkan, cth: terendah (paling rendah).
se- sunting
Imbuhan "se-" membentuk kata sifat komparatif yang membawa erti sama taraf, sama maksud dengan "sama". Contoh: sebesar (sama besar), setinggi (sama tinggi).
Apitan sunting
ke…an sunting
Imbuhan "ke…an" digunakan pada kata lain (tidak kira kata sifat atau sebaliknya) untuk membentuk kata sifat yang mengibaratkan sesuatu dengan kata akar. Contoh: kebaratan (bagai barat), ketimuran (bagai timur).