Ingatan video ialah istilah yang umumnya digunakan untuk memerikan sesetengah bentuk ingatan boleh tulis komputer, biasanya ingatan capaian rawak (RAM), yang bertujuan untuk menyimpan maklumat yang diperlukan oleh kad grafik bagi melaksanakan peranti paparan.

Bagi kad grafik 3D moden, ingatan video boleh menampung data vektor 3D, tekstur, penimbal data, dan tindihan, serta juga atur cara unit pemprosesan grafik (GPU). Ingatan ini kekadang berbentuk cip ingatan khusus yang disepadukan dengan penimbal bingkai dan kekadang berbentuk Seni Bina Ingatan Kongsi (SMA).

Lihat juga sunting