Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Perkataan orang Islam apabila menerima berita buruk

Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun (Arab: إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, rumi: ʾinnā li-llāhi wa-ʾinnā ʾilayhi rājiʿūn) ialah perkataan Arab yang disebut dalam al-Quran pada ayat ke-156 surah kedua. Al-Baqarah yang membawa maksud "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."[1] Ia dikenali juga dengan istilah istirja'[2].

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Sumber sunting

Frasa Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun merupakan sebahagian daripada ayat ke-156 dalam surah al-Baqarah. Ayat penuh adalah seperti berikut:

ٱلَّذِينَ إِذَ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

yang bermaksud

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Frasa ini digalakkan untuk disebut oleh setiap orang Islam ketika ditimpa kesusahan sama ada kesusahan kecil atau besar[2]. Ia menjadi tanda pengakuan terhadap keesaan Allah, kepercayaan pada Hari Akhirat, berserah diri dengan ketentuan Ilahi serta berharap akan ganjaran di sisi-Nya.[2] Pada kebiasannya, ia disebut apabila menerima khabar kematian.

 
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu - Surah Al-Baqarah". Surah.my. Dicapai pada 10 Julai 2023.
  2. ^ a b c "AL-KAFI #1493: HUKUM MENGUCAPKAN LAFAZ ISTIRJA'". Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 31 Disember 2019. Dicapai pada 10 Julai 2023.

Bibliografi sunting