InterCity atau lebih dikenali sebagai IC merupakan perkhidmatan bagi sesetengah kereta api penumpang jarak jauh di Eropah.Kereta api ini jika dibandingkan dengan perkhidmatan keretapi tempatan,rantau dan komuter adalah berbeza kerana hanya singgah di stesen-stesen utama di bandar-bandar Eropah.

InterCity
InterCity
Deutsche Bahn InterCity di Bremen Hbf

Perkataan InterCity berasal dari United Kingdom,iaitu sektor InterCity dalam perkhidmatan Rel Britain.Berikutan penswastaan perkhidmatan kereta api di Britain,perkataan 'InterCity' tidak lagi digunakan secara rasmi walaupun masih ramai yang merujuk servis kereta api laju jarak jauh sebagai InterCity.

Menurut operator kereta api,kereta api InterCity adalah perkhidmatan pengangkutan moden yang mesra alam sekitar dan juga tenaga-efisien.Penumpang Intercity jika dibandingkan hanya menggunakan satu pertiga tenaga yang digunakan oleh penumpang sebuah kapal terbang penumpang dan juga satu perenam daripada tenaga oleh sebuah kereta peribadi.


InterCity di Eropah sunting

Jerman sunting

 
Jaringan IC pertama Jerman, 1971 bis 1984

Jaringan InterCity di perkenalkan di Republik Persekutuan Jerman pada tahun 1971.Pada mulanya sistem ini adalah beroperasi bersama-sama sistem Trans Europ Express (TEE),namun sistem InterCity ini telah menggantikan sepenuhnya sistem TEE.Sistem ini pada awalnya hanya beroperasi menggunakan kelas satu sahaja dan beroperasi setiap dua jam.

Pada 1978,jaringan InterCity ini telah dipersetujui untuk diperkembangkan kepada kelas satu dan dua.Jadi satu skim baru,dipanggil 'IC 79' diperkenalkan pada tahun 1979 dengan bermotokan "Jede Stunde,Jede Klasse"(Setiap Jam,Setiap Kelas).Sejumlah besar koc berhawa dingin, Bpmz 291,dibina untuk perkhidmatan InterCity,yang pada mulanya menggunakan skim warna TEE.


Pada tahun 1985,dengan banyak servis TEE ditamatkan dan juga pengenalan InterRegio(sekarang:RegionalExpress yang menghubungkan negeri-negeri di Jerman), jaringan IC diperkembangkan lagi dengan menghubungkan semua bandar utama di Jerman Barat.Sistem ini mengalami evolusi lagi selepas Penyatuan semula Jerman dan juga pengenalan InterCity Express(ICE) pada awal 1990-an.


 
Jaringan InterCity- 1985
 
Keseluruhan jaringan InterCity dengan jaringan bersama ICE, 1992

Sekarang,selepas pemansuhan InterRegio dan digantikan dengan RegionalExpress(RE) pada 2002,kebanyakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di Jerman menggunakan sama ada IC ataupun ICE,yang beroperasi sekurang-kurangnya sejam sekali.Kelajuan maksimum bagi IC ialah 200 km/j.

Austria sunting

  ÖBB (Österreichische Bundesbahnen) adalah operator bagi sistem IC di Austria. Tidak seperti perkhidmatan IC di negara lain, sistem IC di Austria lebih bersifat serantau kerana sistem EuroCity mengendalikan kebanyakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di Austria.

Switzerland sunting

Servis InterCity di Switzerland bermula pada tahun 1982 menggantikan perkhidmatan SwissExpress bagi jajaran Geneve-St.Gallen.Memandangkan tidak ada caj tambahan dikenakan untuk menggunakan IC dan reka bentuknya yang hampir sama dengan sistem kereta api RegionExpress,tidak ada perbezaan ketara antara IC dan perkhidmatan kereta api biasa di Switzerland.Ada juga IC yang beroperasi menggunakan gerabak dua tingkat untuk menampung permintaan penumpang disesetengah jajaran berpermintaan tinggi.Perkhidmatan kereta api ini dikawal-selia oleh Schweizerische Bundesbahnen AG(SBB) yang beribu pejabat di Bern,ibukota Switzerland.

Denmark sunting

Seperti juga di Switzerland,tidak ada surcaj dikenakan untuk penumpang IC di Denmark.Sistem ini beroperasi sebagai satu-satunya servis InterRegio antara Arhus dan Copenhagen dan setaka ini merupakan servis InterRegio paling popular di Denmark.Jaringan IC beroperasi menggunakan keretapi IC3,yang akan digantikan dengan versi yang lebih maju,IC4 pada tahun 2007-2008.