Ismen Nadim bin Isam

(Dilencongkan dari Isman Nadim bin Isam)

Ismen Nadim bin Isam yang dikenali sebagai Isman merupakan salah seorang anggota kumpulan Hijjaz yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Beliau merupakan anggota Hijjaz yang paling tua dan mempunyai dua nama pena iaitu Manis Alia dan Manis Helma. Beliau telah dilahirkan pada (1969-04-28) 28 April 1969 (umur 55) dan merupakan anak jati Kota Tinggi, Johor.

Isman Hijjaz
Nama lahirIsmen Nadim bin Isam
Kelahiran (1969-04-28) 28 April 1969 (umur 55)
Johor Kota Tinggi, Johor
Berasal dariMalaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik
Tahun aktif1997–kini
Pengkarya berkait
Kumpulan Hijjaz

Antara hobi beliau ialah mencipta lagu dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Beliau juga amat menggemari makanan yang pedas dan gulai kicap. Selain menyanyi, beliau turut berkebolehan dalam menerbit, menggubah lagu, menulis lirik dan bermain alat muzik percussion. Antara lagu yang dicipta oleh beliau ialah Kasih Kekasih (In-Team), Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC), Jalinan (UNIC), Demi Cinta Suci (UNIC), Remaja (UNIC), Insan Bernama Kekasih (UNIC), Mahar Cinta (Devotees) dan Tika Dinihari (Devotees).