Istana Hijau

istana Kesultanan Terengganu

Istana Hijau (Jawi: ايستان هيجاو) ialah sebuah istana Kesultanan Terengganu. Istana ini telah dibina pada 7 Zulhijah 1281 H [3 Mei 1865 M][1] dan didirikan pada pukul 7 pagi hari Jumaat, 7 Zulhijah 1286 H [10 Mac 1870 M][2] ketika pemerintahan sultan Terengganu ketika itu iaitu baginda Sultan Omar (1220H/1806M—1293H/1876M). Istana ini merupakan bangunan bertingkat dua dengan menara setinggi lima tingkat. Pada 1300 H bersamaan Ogos 1883 M semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1282H/1866M—1337H/1918M), istana ini telah musnah dalam sebuah kebakaran ketika peristiwa Api Pecah Gedung yang turut memusnahkan 1,600 buah rumah.[3]

Istana Hijau
ايستان هيجاو
Lukisan hitam putih sebuah istana dengan menaranya di tengah gambar
Istana Hijau
Map
Maklumat umum
StatusMusnah terbakar
LokasiBukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Koordinat5°20′9″N 103°8′15″E / 5.33583°N 103.13750°E / 5.33583; 103.13750
Pecah tanah
7 Zulhijah 1281 H (3 Mei 1865 M)
Pembinaan bermula7 Zulhijah 1286 H (10 Mac 1870 M)
Diruntuhkan pada1300 H (Ogos 1883 M)
PemilikSultan Omar
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
2

Tapak bekas berdirinya Istana Hijau kemudiannya dijadikan tempat pembinaan istana baharu Kesultanan Terengganu. Upacara peletakan batu asas istana baharu ini telah diadakan pada tahun 1312 H bersamaan 1895 M ketika masih dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin III lalu dinamakan Istana Maziah.

Nota kaki sunting

Rujukan sunting

  • "Istana Maziah". www.arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-29. Dicapai pada 2019-11-08.
  • "Istana Maziah". mbkt.terengganu.gov.my. Dicapai pada 2019-11-08.
  • "Istana Hijau". Ganupedia. Dicapai pada 2019-11-08.
  • "Api Pecah Gedung". Ganupedia. Dicapai pada 2019-11-08.

Buku sunting